Bila Aku Jatuh Cinta

Rabu, 25 April 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES


(gambar saya ambil dalam photo kek collection, minta maaflah tuan empunya, sb ambil tanpa izin...)








Bahan-bahan Brownies :


250g butter 1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B (atau 2 biji gred A)1 cwn gula castor 1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB (sy guna tepung nona sb halus, so tak yah ayak)
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonate
1 sk esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175'c. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred B
50ml whipping crema

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

(Resepi ni saya ambil dari My resepi tapi saya ubah sikit sebab baru-baru ni p Bandung, diaorang punya brownies memang sedap.  Jadi saya boleh rasa, insyaallah..lepas rasa saya nak cuba sampai sama macam Indon Bandung buat.  He..he.. kalau p Bandung singgah di Kartika.  Kat situ brownies memang popular)


Selasa, 10 April 2012

20 SIFAT WAJIB & MUSTAHIL

1. Wujud (ada)

Ertinya Allah itu ada. Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini. Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.

2. Qidam (Terdahulu)

Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya. Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk. Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.

3. Baqo’ (Kekal)

Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya. Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa. Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.

4. Mukhollafatuhu lil hawaadits (Tidak Serupa dengan MakhlukNya)

Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk. Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.

5. Qiyamuhu Binafsihi (Berdiri dengan sendirinya)

Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya. Mustahil Allah memerlukan kepada yg lainnya kerana jika Allah memerlukan kpd yg selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.

6. Wahdaaniyah (Esa)

Ertinya Allah itu Maha Esa. Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.

7. Qudrat (Kuasa)

Ertinya Allah itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.

8. Iroodah (Berkehendak)

Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya. Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.

9. Ilmu (Mengetahui)

Ertinya Allah itu berpengetahuan. Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yg bakal dijadikanNya. Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini. Kejadian alam yg sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yg tiada tolok bandingannya.

10. Hayaat (Hidup)

Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup. Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.

11. Sama’ (Mendengar)

Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar. Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.

12. Bashor (Melihat)

Ertinya Allah bersifat melihat. Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan.

13. Kalam

Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman. Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik. Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran. Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.

14. Kaunuhu Qaadiran (Qoodirun: Yang Memiliki sifat Qudrat)

Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa. Mustahil Allah dalam keadaan lemah. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.

15. Kaunuhu Muriidan (Muriidun: Yang Memiliki Sifat Iroodah)

Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.

16. Kaunuhu ‘Aaliman (‘Aalimun: Yang mempunyai ilmu)

Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.

17. Kaunuhu Hayyan (Hayyun: Yang hidup)

Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.

18. Kaunuhu Samii’an (Samii’un: Yang Mendengar)

Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.

19. Kaunuhu Basiiran (Bashiirun: Yang Melihat)

Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.

20. Kaunuhu Mutakalliman (Mutakallimun: Yang Berkata-kata)

Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu. Oleh kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.

Petanda Terkena Gangguan Jin

Ketika tidur
Dihimpit sesuatu ketika tidur.
Bunyi gigi ketika tidur.
Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur.
Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll.
Mimpi menakutkan.
Mimpi paderi, salib dan gereja.
Mimpi tanah perkuburan.
Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.
Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.
Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau.
Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur. 

Ketika jaga
Sakit tulang belakang.
Sakit kepala luar biasa.
Istihadah. (haid lebih 15 hari)
Terasa ada benda yang mengekori.
Takut tidak bersebab.
Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
Sesak nafas waktu maghrib.
Ragu-ragu tentang iman.
Pengsan dan sawan tanpa sebab.
Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
Sakit tulang empat kerat.
Takut menziarahi jenazah.
Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
Rasa seperti hampir mati.
Nampak bayang-bayang melintas.
Sukar lelapkan mata.
Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
Sakit bahagian perut tanpa sebab.
Ketumbuhan ganjil pada anggota badan.

Mimpi petanda gangguan jin ialah :-
-Mimpi seram yang menakutkan.
-Mimpi binatang berbisa seperti ular.
-Mimpi binatang berwarna hitam seperti anjing hitam.
-Mimpi rumah lama.
-Mimpi menyusukan bayi.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada ditempat yang kotor.
-Mimpi berada ditempat yang sunyi.
-Mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali. 

Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mahu tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR Al-Bukhari )

KEK LAPIS-BLUEBERRY CHEESE

Bahan-Bahan

450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
170 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Nona
100 gm Horlick
250 gm blueberry pie filling
1 sudu teh esen blueberry (optional)
sedikit pewarna ungu

Cara :

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.

8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi. 9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

Nota:

Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.

KEK LAPIS CRANBERRY

KEK LAPIS CRANBERRY


Bahan-bahannya

20 biji kuning telur
5 biji putih telur
10 oz gula halus
16 oz mentega
5 oz tepung nona
1 oz susu tepung aiskrim strawberry (optional) } …diayak bersama
2 sudu besar susu pekat
6 oz buah cranberry dlm peket
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilla

Peraturannya:

1) Mentega, vanilla dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.

2) Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.

4) Kemudian masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Ratakan sekali lagi sehingga sebati.

5) Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2 senduk adunan. Taburkan buah cranberry pada setiap lapisan genap.

Nota:

a) Lapisan pertama gunakan api atas bawah dgn suhu kira-kira 180 darjah manakala lapisan kedua hingga akhir gunakan api atas shj.

b) Anda boleh gunakan loyang berukuran 8” x 8” atau 9” x 7”. Loyang hendaklah dialas dgn kertas tracing dan digris dgn mentega. Kelilingnya juga digris.

KEK LAPIS NUTELLA STRAWBERRY

Bahan-Bahan

450 gm mentega
160 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
240 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
200 gm Nutella
secukup ceri atau chelory tips
40 gm serbuk aiskrim strawberry
1 sudu teh esen strawberry
180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibubuh serbuk aiskrim strawberry, esen strawberry dan pewarna merah jambu. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek. Manakala pada lapisan strawberry, kalau suka, bolehlah dibubuh cherry atau chelory tips.

KUIH LAPIS KELEDEK

KUIH LAPIS KELEDEK


Bahan-Bahan :
600 gm keledek (direbus dan dilecek hingga halus)
300 gm tepung sagu kanji
240 gm tepung beras
900 ml santan cair (saya gunakan 300 ml santan kotak + 600 ml air)
340 gm gula pasir
750 ml santan pekat (saya gunakan 700 ml santan kotak + 50 ml air)
2-3 helai daun pandan (disimpul)
1½ sudu teh garam
½ sudu teh vanilla
pewarna hijau
pewarna kuning

Cara:
1) Gula pasir dimasak bersama santan pekat dan daun pandan sehingga mendidih. (Bancuhan ini hendaklah dikacau sentiasa agar tidak “pecah santan”). Kemudian sejukkan.

2) Satukan keledek rebus, tepung sagu kanji, tepung beras dan santan cair. Kacau rata-rata.

3) Kemudian masukkan santan yg telah dimasak dgn gula tadi ke dalam bahan keledek/tepung. Bubuh garam dan vanilla . Kacau lagi hingga sebati dan tapis.

4) Seterusnya, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Kukus adunan ini selapis-selapis berselang-seli warna kuning dan hijau sehingga selesai kesemua adunan. Sejukkan kuih ini di dalam bekas yg lebih besar yg diisi dgn air. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.

Nota:
1) Resipi diatas ni menghasilkan lebih kurang 2600 ml adunan. Jadi, setiap adunan hijau dan kuning ni beranggaran 1300 ml.

2) Saya telah menggunakan loyang bulat berukuran 25 cm dan mendapat 8 lapisan dgn setiap lapisan menggunakan kira-kira 320 ml adunan. Loyang hendaklah disapu dgn minyak pada dasar & kelilingnya. Saya mengukus setiap lapisan selama kira-kira 7-8 minit dgn api sederhana besar.

3) Kuih ini agak 'tinggi' dan kurang sesuai jika dihidangkan utk majlis-majlis kerana potongannya yg agak besar & lebar. Saya sarankan anda gunakan loyang berukuran 28 atau 30 cm agar bila dipotong nanti kuih ini tampak comel & menarik dgn lapisan yg lebih halus.

4) Apabila selesai mengukus, texture kuih mmglah lembik krn penggunaan tpg sagu. Tapi jgn bimbang kerana bila kuih dah betul-betul sejuk, ia akan 'keras' sedikit.