Bila Aku Jatuh Cinta

Sabtu, 30 Jun 2012


Rupa puding dah sejuk dari peti sejuk.












PUDING ROTI GARDENIA MARBLE COKLAT

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
½ cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ 1 packet
½ cawan gula – sy kurangkan sikit sb takut manis
2 sudu besar butter (sy pakai daisy marjerin sb butter dh habis)
3 ½ cawan air (3cwn asingkan, ½ tu utk campuran bhn2 yg nak d blen)
2 sudu besar serbuk koko van houten

Cara-cara
1.Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.

2.Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan ½ cawan air. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah mendidih tadi.

3.Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.

4.Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji-biji (berketul-ketul).

5.Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 ni mudah sejuk/membeku.  (taruk coklat tu, ikut citarasa masing2. berbunga-bunga lagi cantik)

6.Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.


Gara-gara suka sangat makan cheesy wedges kat KFC, lebih baik buat sendiri. Boleh makan byk2. Puas hati.  Bli kat KFC sikit sangat, mcm x cukup jer...

Anda pun try la.. tak menyesal punya..








CHEESY WEDGES

Bahan -bahan:

(Bahan A – Untuk Cheesy)
5 keping cheese cheddar (saya guna brand Beqa Cheese Smokey BBQ Slices)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
3 sudu besar yogart asli
1sudu kecil gula (sy tak tarok)
sedikit serbuk lada hitam (sy tak tarok)
mayonis + perah sedikit lemon (diletak atas kentang apabila sos cheesy ni siap) sy pakai brand kraft.

(Bahan B-Untuk Wedges)
4 biji kentang besar (potong berbaji)
1 susu besar serbuk kari daging (kalau nak pedas, tambah lagi). Sy x pakai serbuk cili sb yg mkn ni budak2
Secubit garam
3-4 sudu besar tepung goreng ayam (ikut suka)
1biji putih telur

Cara-cara:
Wedges
1.Cuci kentang & kupas kulit (sy buang kulit sb x suka ada kulit)
2.Potong kentang berbaji
3. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
4.Selepas itu, satukan serbuk kari, tepung, garam dan putih telur. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga serbuk tadi bersalut dengan kentang.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.

Cheesy
1. Gunakan non stick pan (kuali yg tak melekat). Panaskan mentega hingga cair
2. Masukkan tepung (kacau perlahan2)
3. Masukkan chesse sekeping2 dan kacau lagi
4.Masukan susu dan yogart
Kacau atas api yang perlahan hingga pekat.

Tuang atas wedges dan selang selikan dengan mayonis.  Siap dah..

****Susu taruk last sekali sb takut terlebih masak.  kalau pekat sangat tambah sikit susu segar****

Selamat Mencuba..

Selasa, 19 Jun 2012

Lirik Lagu Takkan Pisah - Eren
(Lagu Tema Novel: Kerana Mu...Ku Bersyukur...)

sayang aku ingin berbicara kepadamu


tentang apa yang tengah aku rasakan

ada apa, ada apa katakanlah semuanya

ku kan dengarkan duhai cintaku



bila nanti orang tuamu tak meredhoi

dengan apa yang ku rasakan padamu

Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya

begitu pun orang tuaku

Kau tak kan tinggalkanku

Tak kan pernah sayangku

Janjimu Janjiku untukmu



Takkan ada yang pisahkan kita

Sekalipun kau telah tiada

Akan ku pastikan

Ku kan memeluk menciummu disyurga



Jangan kau pergi tinggalkan aku

Bawa aku kemana kau mahu

Janjiku padamu

Jiwa dan ragaku

Mati pun ku mahu



Takkan ada yang pisahkan kita

Sekalipun kau telah tiada

Akan ku pastikan

Ku kan memeluk menciummu disyurga



Jangan kau pergi tinggalkan aku

Bawa aku kemana kau mahu

Janjiku padamu

Jiwa dan ragaku

Mati pun ku mahu