Bila Aku Jatuh Cinta

Selasa, 10 April 2012

KUIH LAPIS KELEDEK

KUIH LAPIS KELEDEK


Bahan-Bahan :
600 gm keledek (direbus dan dilecek hingga halus)
300 gm tepung sagu kanji
240 gm tepung beras
900 ml santan cair (saya gunakan 300 ml santan kotak + 600 ml air)
340 gm gula pasir
750 ml santan pekat (saya gunakan 700 ml santan kotak + 50 ml air)
2-3 helai daun pandan (disimpul)
1½ sudu teh garam
½ sudu teh vanilla
pewarna hijau
pewarna kuning

Cara:
1) Gula pasir dimasak bersama santan pekat dan daun pandan sehingga mendidih. (Bancuhan ini hendaklah dikacau sentiasa agar tidak “pecah santan”). Kemudian sejukkan.

2) Satukan keledek rebus, tepung sagu kanji, tepung beras dan santan cair. Kacau rata-rata.

3) Kemudian masukkan santan yg telah dimasak dgn gula tadi ke dalam bahan keledek/tepung. Bubuh garam dan vanilla . Kacau lagi hingga sebati dan tapis.

4) Seterusnya, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Kukus adunan ini selapis-selapis berselang-seli warna kuning dan hijau sehingga selesai kesemua adunan. Sejukkan kuih ini di dalam bekas yg lebih besar yg diisi dgn air. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.

Nota:
1) Resipi diatas ni menghasilkan lebih kurang 2600 ml adunan. Jadi, setiap adunan hijau dan kuning ni beranggaran 1300 ml.

2) Saya telah menggunakan loyang bulat berukuran 25 cm dan mendapat 8 lapisan dgn setiap lapisan menggunakan kira-kira 320 ml adunan. Loyang hendaklah disapu dgn minyak pada dasar & kelilingnya. Saya mengukus setiap lapisan selama kira-kira 7-8 minit dgn api sederhana besar.

3) Kuih ini agak 'tinggi' dan kurang sesuai jika dihidangkan utk majlis-majlis kerana potongannya yg agak besar & lebar. Saya sarankan anda gunakan loyang berukuran 28 atau 30 cm agar bila dipotong nanti kuih ini tampak comel & menarik dgn lapisan yg lebih halus.

4) Apabila selesai mengukus, texture kuih mmglah lembik krn penggunaan tpg sagu. Tapi jgn bimbang kerana bila kuih dah betul-betul sejuk, ia akan 'keras' sedikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau suka sila klik suka