(gambar saya ambil dalam photo kek collection, minta maaflah tuan empunya, sb ambil tanpa izin...)
Bahan-bahan Brownies :
250g butter 1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B (atau 2 biji gred A)1 cwn gula castor 1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB (sy guna tepung nona sb halus, so tak yah ayak)
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonate
1 sk esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175'c. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred B
50ml whipping crema
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
(Resepi ni saya ambil dari My resepi tapi saya ubah sikit sebab baru-baru ni p Bandung, diaorang punya brownies memang sedap. Jadi saya boleh rasa, insyaallah..lepas rasa saya nak cuba sampai sama macam Indon Bandung buat. He..he.. kalau p Bandung singgah di Kartika. Kat situ brownies memang popular)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau suka sila klik suka