Bila Aku Jatuh Cinta

Sabtu, 29 Oktober 2011

Bila Aku Jatuh Cinta-1


Novel: Bila Aku Jatuh Cinta-1
Hati siapa yang tidak terpaut dengan kecantikan Iffah.  Wajah yang manis, suara yang lembut dan tidak pernah meninggi diri membuatkan sesiapa yang mendekatinya mesti jatuh cinta.  Malah ada yang berani menghantar bunga ke tempat kerjanya tanpa menulis nama pengirim.  Bila tiba waktu rehat  makan tengahari, ada yang belanja makan.  Bila di tanya siapa yang bayar, tauke kedai tak nak bagitau kerana tuan punya badan tak suruh.  Iffah jadi segan nak keluar makan.  Sejak kebelakangan ni dia bawa bekal dari rumah, takut nak keluar sebab selalu sangat makan free.

“Hai! Makan kat office nampak?” usik Fareed.  Bos muda tempat Iffah kerja.
Iffah terkejut.  Cepat-cepat ditutup nasi di atas meja beliau sambil tersenyum memandang bosnya.  Di sebabkan dia putih, jadi nampak sangat pipi dia bertukar kemerah-merahan.  Malu yang tidak terkata bila makan di hadapan bos.  Tambah-tambah lagi bos yang tampan dan muda seperti Fareed. 

“Maaf bos, sebab makan kat sini” ujar Iffah.

“It’s okay..makanlah..” Fareed tersengih memandang Iffah.  Iffah tunduk.  Tak sanggup dia bertentang mata dengan Fareed.  Walaupun dah 5 bulan dia kerja dengan Fareed, bila di suruh membuat kertas kerja yang Fareed bagi, Iffah cepat-cepat ambil dan terus keluar dari bilik bosnya.  Fareed tahu Iffah memang segan dengannya.  Tak tahu kenapa perasaan dia selalu bergelora bila Iffah ada.  Bila Iffah cuti, dia jadi resah gelisah.  Buat itu ini semua tidak menjadi.  Sehinggalah Iffah balik dari bercuti baru dia rasa lega yang teramat sangat.  Nak di luahkan perasaan, takut.  Takut cinta di tolak ke tepi.  Iffah kan lawa mesti sudah ada orang yang punya.  Lagipun nama dia dah terkenal dengan panggilan “Playboy”.  Mesti ditolak mentah-mentah oleh Iffah.

“Masak apa? “ Soal Fareed.

“Ehmm...ayam kunyit.” Iffah menutup mulutnya, malu.

“Boleh try?” ujar Fareed.

“Tak sedaplah bos..” Iffah cepat-cepat menutup ketat bekas makanan tadi. 

“Cepatlah..nanti kempunan pula.” Fareed macam geram melihat Iffah tak bagi dia rasa.

“Ok…ok..” Iffah membuka penutup bekas makanan lalu mengambil seketul paha ayam dan terus memberi pada Fareed.  Fareed tak sambut tapi mulut dia di ngangakan supaya Iffah suapkan ayam tadi.  Iffah rasa segan dan malu, dia toleh kanan dan kiri takut orang nampak.  Bila betul-betul tak ada orang terus dia suapkan ayam tadi ke mulut Fareed.  “Miang..”Bisik Iffah dalam hati.

“Sedap..” ujar Fareed sambil menguyah.

“Tak ah..biasa je.” Ujar Iffah tunduk malu.  Padahal dalam hati dia suka bila di puji oleh Fareed.

“Thanks..  Macamni la kalau dah jadi isteri.  Kena suapkan suami.” Fareed berkata sambil berlalu pergi. 

Iffah tidak dapat berkata apa-apa bila mendengar bosnya berkata begitu.  Nak menjawab tetapi Fareed sudah jauh pergi.

Fareed gembira sangat bila tangan lembut Iffah suapkan ayam ke dalam mulutnya.  Tapi kalau staff lain ada, dia takan buat macam tu.  Dia akan berpura-pura serius depan mereka. 

*****************************************************************     
Iffah tersenyum, fikiran dia melayang teringatkan Fareed bosnya tengahari tadi. 

“Hari-hari suapkan bos dia makan pun takpa”, bisik Iffah dalam hati.  “Kalaulah bos dia tahu yang dia menaruh hati pada bosnya tu, naya dia.  Silap haribulan kena buang kerja.”  Iffah cuba melupakan wajah Fareed tetapi wajah itu sering muncul dalam mindanya.  Di ketuk-ketuk kepalanya dengan tangan dan di cekup mukanya ke atas bantal untuk melenyapkan bayangan wajah Fareed namun gagal, wajah yang tampan dengan lesung di dagu seakan-akan senyum pada Iffah.  Iffah tak boleh menolak dan terus hanyut dalam dunia hayalan dia.
“Tok! Tok! Tok!” kedengaran pintu bilik Iffah diketuk dari luar.  Iffah bangun lalu membuka pintu. 

“Astaga budak ni.. kenapa tak buka lampu?” Puan Faridah berkata sambil menepuk dahi. 

“Saja je ma..” Iffah senyum lalu membuka lampu dalam biliknya.  Di sebabkan melamun sampai dia terlupa membuka lampu.  “Sebab engkau la ni Fareed..” ujar Iffah dalam hati.  Dia memeluk mamanya dengan manja.  Mereka duduk berbual di ruang tamu.

“Iffah, mama ingat nak kenalkan kamu pada seseorang. Mama tak boleh bagitau sekarang. Bila dah jumpa mesti kamu suka..” Puan Faridah berkata sambil tangan dia menepuk paha Iffah.  Iffah menggengam erat tangan mamanya.

“Siapa..ma!” Tanya Iffah. Di tarik-tarik manja lengan mamanya.

“Eh..nantilah..kan mama kata tak boleh bagitau sekarang.” Ujar Puan Faridah lagi.
Iffah geram dengan mamanya.  Dia cuba memujuk lagi tetapi mama dia berkeras tak mahu bagitau nama orang itu.

“Emm..hensem tak?” soal Iffah.

“Hensem tu..emmm..memang hensem. Iffah nak yang hensem je ke?” usik Puan Faridah. 

Iffah memeluk mamanya, manja sekali.  Mereka anak beranak ketawa.  Rambut Iffah diusap-usap oleh mamanya.  Puan Faridah memang manjakan Iffah dari kecil tetapi ada hadnya.  Sekiranya Iffah tidak mendengar kata, Puan Faridah akan bertegas.  Bila mama dia marah, Iffah takut. 
Iffah anak yang baik.  Dia tidak pernah ingkar kata mamanya, dia tidak ingin melihat mamanya sedih.  Kalau boleh dia ingin melihat mamanya gembira selalu. Lagipun papanya dah meninggal dunia 2 tahun lepas.  Mama dia sering mengalami sakit kepala. 

**********************************************************          

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bila Aku Jatuh Cinta-5


Novel: Bila Aku Jatuh Cinta-5
“Fareed!” kedengaran suara Pn Sri Zahirah melaung nama anak kesayangannya dari luar rumah.  Geram tak terhingga bila senja-senja begini Fareed masih membuta lagi.  Siang tadi bukan main awal dia keluar rumah siap berbaju sukan.  Tak pernah-pernah dia nampak anak lelakinya itu bersemangat sukan selama ini.  Nak kata buang tabiat pun tak sebab Fareed masih muda.  Mesti ada sesuatu niehhh…

“Fareed!” laung Pn Sri Zahirah sekali lagi bila tiada jawapan dari Fareed.  Fareed ambil bantal lalu menutup kepalanya.  Tak larat rasanya dia nak mendengar leteran ibu kesayangannya itu gara-gara tidur senja.  Dah mata betul-betul mengantuk, nak buat macamana?  Penat tak terhingga di sebabkan senaman pagi tadi bersama gadis idaman Iffah Nur Arissa.  Wajah manis Iffah sentiasa hadir dalam minda Fareed tak kira tengah tidur atau tengah buat kerja.  Sekarang ni Fareed tengah bermimpi berpegangan tangan dengan Iffah.  Indah sekali mimpi itu…

Pn Sri Zahirah bengang betul bila laungan dia tidak di hiraukan Fareed.  “Siap kau!”. Pn Sri Zahirah berjalan sambil bercekak pinggang menaiki anak tangga menuju bilik anak kesayangnya.  Dia ketuk-ketuk pintu bilik Fareed tapi senyap je.  Melihatkan pintu tak di buka, Pn Sri Zahirah terus membuka pintu.  Dia nampak Fareed tengah tidur dengan lena. 

“Bertuah punya budak! Bangun!” Pn Sri Zahirah merentap selimut Fareed.  Barulah Fareed menggerak-gerakkan badannya.  Dia buka matanya perlahan-lahan kerana masih kelat lagi.  Kelihatan wajah manis ibu kesayangannya tengah bercekak pinggang.  Walaupun umur dah di mamah usia tetapi wajah Pn Sri Zahirah masih jelita.  Maklumlah, setiap 9 bulan sekali dia akan pergi membuat suntikan botok di klinik milik sahabatnya.  Bila ada masa terluang dia akan pergi saloon kecantikan untuk mandi luhur.  Boleh di katakan seluruh anggota badannya dari atas sampai ke bawah dia jaga.  Dia tak kesah keluar duit asalkan tetap cantik dan jelita.  Nasib baik Fareed tak ada adik perempuan, kalau tak mesti ikut perangai ibunya pergi menghabiskan duit untuk kecantikkan.

“Kacau daun betul la mama ni..Fareed ngantuk la..plsss..” Fareed tarik balik selimut lalu menutupi kepalanya.  Dia nak sambung balik mimpi bersama Iffah.  Bukan senang nak mendekati Iffah Nur Arissa ni, bodyguard Ilyas sentiasa ada tiap kali dia nak try ngorat.  Nak kata angau tak jugak, mungkin ini yang dinamakan cinta?  Susah juga bila dah jatuh cinta nie. Patutlah orang kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena tapi bagi Fareed tidur tetap lena sebab nak bermimpi. 

“Mana boleh tidur senja.. Cepat, hantar mama shopping. Esok harijadi anak Datin Lily.   Budak tu lawa, jangan nak menggatal pulak nanti.”

“Mana der.. tak main la lawa-lawa ni.  My girl more sweet & cute..” Fareed menatap wajah Pn Sri Zahirah dekat-dekat. 

“Banyak la engkau ni Fareed..” Pn Sri Zahirah menolak kepala Fareed.  Fareed tersengih-sengih, menampakkan baris giginya yang tersusun rapat. 

“Cepat sikit, mama tunggu di bawah. Lepas mandi kita pergi.” Pn Sri Zahirah, beredar dari bilik Fareed.

Malas dia nak layan perangai Fareed yang suka berangan.  Dia belum tengok lagi anak Datin Lily tu, dahla seksi, lawa pulak tu.  Pn. Sri Zahirah senyum dalam hati.  Dapat cucu nanti pun mesti lawa macam ibu dia..

*********************************************       
“Hello, ustaz..”

“Assalammualaikum.. ada apa?” tanya Ilyas kehairanan.  Dia garu-garu kepalanya yang tak gatal.  Time-time maghrib pulak tu telefon orang.   

“Walaikumsalam.. engkau boleh tolong aku tak?” Balas Fareed.  Kena juga batang hidung dia dengan Ilyas.  Telefon tak bagi salam.

“Ha..! apa dia?”

“Esok engkau ikut aku pergi rumah kawan mama aku boleh?”

“Apasal pulak?”

“Alaa..mama aku tu, nak sambut harijadi anak Datin Lily. Engkau ingat lagi tak? Minah yang mata sepet tu..” tambah Fareed.

“Tak ingatlah aku, engkau kan banyak makwe.. mana aku ingat.” Jawab Ilyas. 

“Alaa..yang ada tahi lalat kat pipi tu la....” Fareed cuba menjelaskan kepada Ilyas yang tengah berpura tak kenal Raihanah anak Dato Mansor & Datin Lily. 

“Jadik? Engkau nak aku jadi apa?” Ilyas garu lagi kepalanya yang tak gatal.  Jangan Fareed suruh dia jadi teman Raihanah sudah la.  Hati dia cuma untuk Iffah sorang je.  Tiada wanita lain yang dia cintai.

“Tak jadi apa pun.. aku nak engkau ajak Iffah sekali.  Kalau aku yang ajak, dia mesti tolak.  Engkau kan abang dia, mesti dia setuju”. Fareed tersengeh-sengeh.

“Aku bukannya abang dia, kami sepupu je..” Marah Ilyas bila Fareed panggil dia abang Iffah.  Kalau abang mana boleh dia jatuh cinta kat adik sendiri.  Cinta?? Ya memang cinta, dia memang jatuh cinta dengan Iffah sejak kecil lagi.  Tiada siapa yang boleh membunuh perasaan tu sampai sekarang.

“Yelah, yelah.. boleh tak?” Fareed takut juga kalau Ilyas tak setuju.  Nanti Raihanah mesti asyik nak berkepit je dengan dia.  Kalau Iffah ada, dia boleh berpasangan dengan Iffah, jadi biar Ilyas berpasangan dengan Raihanah.  Itulah plan Fareed.  Tapi nak ke Ilyas?  Raihanah  tu dah la seksi, mesti Ilyas lari.  Gelihati juga Fareed bila membayangkan Ilyas lari kena kejar dengan Raihanah.  Berangan la engkau Fareed..

“Tengoklah nanti. Assalamualaikum” Ilyas meletak gagang telefon. 

“Walaikumsalam..” Balas Fareed.

Ilyas terus ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.  Selesai sembahyang maghrib Ilyas menelefon Iffah.  Disebabkan Ilyas yang ajak, Iffah setuju.  Iffah tak tahu sebenarnya Fareed pun ada sekali.  Ilyas terpaksa berbohong mengatakan yang kawan dia nak sambut harijadi.  Nak pergi sorang-sorang segan, jadi dia ajak Iffah jadi temannya malam esok.

Keesokan harinya, tepat jam 8malam, Ilyas menjemput Iffah dengan kereta Honda miliknya.  Iffah pakai simple je, gaun labuh warna hitam.  Walaupun simple tetapi Iffah tetap manis dan lawa. Ilyas membukakan pintu keretanya untuk Iffah.  Iffah tersenyum melihat karenah abang sepupunya, seakan-akan dia tuan puteri pula bila di bukakan pintu kereta.

Selang setengah jam kemudian mereka sampai di rumah Datin Lily.  Ilyas kenal Raihanah, jadi tak heranlah kalau yang bergaun pendek warna merah hati dan menampakkan sedikit buah dadanya yang montok itu adalah Raihanah. Tak insaf-insaf lagi..Ilyas menggeleng-gelengkan kepalanya.  Dia dah biasa dengan kehadiran kawan-kawannya yang suka bersosial cuma dia tak nak terikut-ikut dengan mereka kerana dia di didik dengan agama.  Ayahnya walaupun sibuk dengan kerja, sembahyang adalah wajib.  Agama paling penting dalam kehidupan mereka anak beranak.  Kekadang, kawan-kawan dia panggil dia ustaz.

Ilyas tercari-cari Fareed, janji nak tunggu depan rumah tapi tak muncul lagi batang hidung Fareed ni.  Masuk dulu kang, takut Fareed marah pulak. 

“Abang tunggu siapa?” Iffah bertanya sebab dia nampak Ilyas macam tercari-cari seseorang.

“Tak, tak, tak ada siapa.. jom masuk” Ilyas menggaru-garu kepalanya.  Iffah beranikan diri memegang lengan kiri Ilyas.  Ilyas menjelingnya kerana mereka bukannya muhrim, mana boleh berpegangan tangan.  Iffah buat tak tahu saja.  Ilyas pun biarkan saja.  Dalam hati melonjak kegembiraan.  Mereka berjalan beriringan kearah perempuan comel yang sedang menanti di pintu.  Dari jauh Raihanah nampak Ilyas, dia lambai-lambaikan tangannya. 

“Happy Birthday Rai..”ucap Ilyas, sambil menghulurkan kotak hadiah buat Raihanah.

“Thanks Is.  Masuklah.. Fareed pun ada kat dalam” Raihanah menyambut hadiah yang Ilyas bagi.  Sempat juga dia menjeling pada Iffah.

Fareed? Ada kat dalam?  Celaka punya jantan, tadi suruh tunggu di luar tapi dah masuk kat dalam pulak.  Geram Ilyas.  Tapi tak pa, dia lagi suka sebab Iffah kini jadi temannya.

“Hai bro! Jom sini..”  Fareed melambai bila ternampak Ilyas & Iffah baru masuk.  Bukan main seronok lagi dia berborak dengan kawan-kawan yang lain.  Semua memandang Ilyas sambil mengangkat tangan.  Ada yang membuat aksi “Yampui”, padahal oren jus je tu.

“Hai, Iffah.” Fareed menegur Iffah sambil mata di kenyitkannya. 

“Hai, En. Fareed” Iffah membalas dengan senyuman. 

“Silakan, minum..” Raihanah memotong percakapan mereka lalu memegang lengan Fareed.  Fareed serba salah, nak di tolak nanti merajuk pula birthday girl tu.  Muka dia kemerahan bila Iffah memandang dengan senyuman paksaan.  Iffah menelan air liur.  Sedih rasanya, bila pujaan hati berkepit dengan orang lain.  Iffah berpaling ke tempat lain.  Fareed bukannya tau pun dia berminat dengan muka hensemnya itu. 

Ilyas tahu Iffah sedikit terkejut, tapi tidak olehnya kerana dia tahu sangat perangai Fareed.  Kalau boleh dia tak nak Fareed lukakan hati Iffah walau sikit pun.  Ilyas pura-pura membetulkan rambut Iffah yang sedikit menutupi wajahnya.  Berderau darah Fareed bila nampak aksi romantik dua orang sepupu tu.  “Jangan nak rebut Iffah dari aku Ilyas..Iffah milik aku, dan akan tetap jadi milikku” bisik Fareed dalam hati. 

“Eee.. Ilyas?! Bila sampai?” Pn Sri Zahirah tiba-tiba je datang lalu menepuk belakang Ilyas.  Iffah tersipu-sipu malu lalu melepaskan pegangan tanganya dari lengan Ilyas.  Ilyas tarik semula tangan Iffah lalu di genggamnya dengan erat. 

“Baru je sampai Pn Sri.” Balas Ilyas.

“Special ke main-main?” soal Pn Sri Zahirah sambil mengerling Iffah.

“Mesti la special Pn Sri, takan main-main kot..” Ilyas tergelak kecil.  Iffah tunduk malu sambil tersenyum.

“Comel..” ujar Pn Sri Zahirah.  Dia hulurkan tangannya bersalam dengan Iffah.  Iffah cium tangan Pn Sri Zahirah.  Wanginya..bisik Iffah dalam hati.

Fareed jadi pemerhati, dia suka bila Pn Sri Zahirah panggil Iffah comel.  Tetapi bila mendengar perkataan special keluar dari mulut Ilyas, hati Fareed mengamuk.  Ni dah lebih ni… Ingatkan nak kenalkan Iffah dengan ibunya. Apalah Ilyas ni, potong wayar la pulak..  Raihanah pulak bukan main miang lagi, siap memegang erat lengannya yang berbulu.  Buah dadanya yang besar dia tindih-tindihkan dekat lengan Fareed.  Meremang bulu roma Fareed.  Nasib baik iman dia kuat sikit berbanding dulu, sejak berjumpa dengan Iffah dia cuba ubah tabiat buruknya.  Nak berubah secara mendadak, nanti orang ingat apa pulak.  Sebab tu lah dia cuba sedikit demi sedikit.  Maklumlah nak ngorat Iffah bukannya senang.  Ajak keluar tak nak, bila ada Ilyas baru sanggup.

“Auntie, jom kita..” Raihanah  memberi isyarat dengan mulutnya supaya acara memotong kek di mulakan. 

Dato Mansor dan Datin Lily dah siap berdiri depan kek yang bertingkat seperti KLCC.  Pn Sri Zahirah pun berlalu pergi..

Tetamu kebanyakannya semua dah sampai.  Raihanah menarik tangan Fareed supaya menemaninya dalam acara memotong kek.  Fareed terpaksa akur dengan kehendak Raihanah kerana hormat kat ibunya serta orang tua Raihanah.  Dia toleh kebelakang sambil tersenyum tawar memandang Iffah.  Kali ni Fareed betul-betul tewas, Iffah mesti akan menjauhkan diri darinya selepas ini.  Berlainan dengan Ilyas, dia rasa terlalu bahagia kerana hari ini Iffah menjadi miliknya dan dia akan jadikan esok, lusa sampai bila-bila Iffah tetap akan jadi miliknya.  Tak pernah dia rasa sebahagia itu.  Tangan lembut Iffah di genggamnya dengan erat sekali. Iffah?? Hati dia keliru….

***Terima kasih kepada semua yang meminati cerita ini.  Nantikan bab seterusnya…maaf sekiranya ada kesilapan…***

Bila Aku Jatuh Cinta-4


NOVEL: BILA AKU JATUH CINTA - 4

“Morning ma..” Iffah mencium pipi ibu tersayang.  Puan faridah mengusap-usap rambut Iffah.

“Ma, nak ikut Iffah pergi jogging tak?” Iffah yang berpakaian sukan sudah bersiap nak keluar rumah.  Memang dah jadi kebiassan Iffah bila hujung minggu pergi berjogging waktu pagi untuk mengekalkan kelansingan badannya  & dapat juga menjaga kesihatan. 

“Kalau ya pun, sarapan lah dulu..” Puan faridah seakan merajuk bila Iffah tak terus pergi dapur untuk bersarapan.

“Baik..mama sayang..” Iffah memeluk belakang ibunya sambil berjalan seiringan menuju meja makan.  Iffah mecubit pipi mamanya.  Mesra sekali…

Selesai sarapan, Iffah terus keluar rumah pergi berjogging.  Sampai di Taman Tasik Perawan, Iffah duduk sebentar untuk merehatkan badan.  Tasik Perawan ni lebih kurang 500meter jauhnya dari rumah Iffah, orang panggil Tasik Perawan kerana menurut cerita dongeng zaman dulu-dulu, tempat tu adalah hak milik seorang perawan wanita.  Selepas dia meninggal, tempat tu telah di ambil alih oleh kerajaan kerana dia tiada waris.   Di pendekkan cerita, jadilah Taman Perumahan & Taman Rekreasi.

Iffah membetulkan ikatan tali kasutnya. 

“Pok..!” Sebiji bola terbang terus terkena kepala Iffah.

“Adoiiii..!” %*#.. berpinar-pinar penglihatan Iffah.  Nasib baik dia masih duduk, kalau berdiri mesti dah pitam tadi.  Iffah menggosok-gosok kepalanya yang sudah kemerahan.  Geram betul dia, macam la tak nampak orang tengah duduk berehat. 

“Maaf kak..” Seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 15 tahun berlari kearah Iffah untuk mengambil bola tadi.  Muka dia serba salah kerana takut kena marah. 

“Adoiii…lain kali tengok orang” marah Iffah.  Digosok tempat yang terkena bola tadi.

“Maaf kak..” ulang budak tu tadi lalu berlalu pergi. 

“Lain kali, jangan duduk dekat tempat orang main bola cik adik oooiiii..” suara tu datang dari belakang Iffah.  Iffah rasa dia kenal sangat suara tu.  Hati dia berdebar-debar.  Bila Iffah toleh, memang tak salah tekaan Iffah.  Sah bos miang dia.

“Macamana En. Fareed boleh berada kat sini?” muka Iffah pucat.  Dia betul-betul segan dengan kehadiran bosnya itu.  Dahla semalam suka-suka pegang tangan orang. 

Bila teringatkan peristiwa semalam, Iffah rasa resah gelisah.  Sentuhan fareed membuatkan tidur malamnya tak lena.  Walaupun baru pegang tangan.  Nasib baiklah Ilyas masih dalam tandas masa tu.  Kalau tak… tak tau la apa yang akan berlaku.  Iffah cuba menepis tangan Fareed tetapi tak dapat kerana genggaman seorang lelaki memang kuat.  Jadi, Iffah biarkan saja..dia tahu mesti Fareed akan lepaskan juga sebab takut dengan abang sepupunya.  Fareed merenung anak mata Iffah, dia betul-betul dah jatuh cinta dengan kecantikan Iffah.  Iffah baginya seperti bidadari, tak ada kurangnya bagi dia.  Macamana Iffah boleh mendapat mata warna biru & kehijauan sedangkan di Malaysia ni belum pernah terjumpa spesis seperti itu.  Memang indah ciptaan Tuhan…

“Iffah, maaf ya..pasal semalam.  Saya tak sengaja.  Saya rasa berat je nak lepaskan awak semalam.” Fareed tersengih-sengih.

“Eh! Takpa En. Fareed.  Iffah dah lupakan pasal semalam tu. Iffah bangun dari tempat duduknya.

“Yahoo!” Hati Fareed menjerit kesukaan.  Iffah tak marah, ni kira ok ni.  Memanjang je senyuman Fareed.

“Are you sure?” Fareed bertanya untuk meminta kepastian dari Iffah.  Takut juga, kalau-kalau Iffah terus tak nak datang kerja nanti.  Habis dia, kena cari secretary baru.  Banyak tu memang banyak nak minta kerja tapi Iffah ni special sikit bagi Fareed.  Masa interview dulu pun, bukannya Fareed tengok sijil-sijil Iffah,  dengar Iffah memperkenalkan diri sahaja dia sudah jatuh hati dengar kelembutan suara Iffah.  Iffah belum habis menceritakan latar belakangnya dia sudah kata “YES, you can start work tomorrow”.    Itulah dia Fareed orang minyak.  Harap-harap dia boleh berubah.

“Sure?” Fareed bertanya lagi.  Sambil tu dia berjalan muka menghadap Iffah.   Bukannya nak berjalan menghadap ke hadapan si Fareed.  Tak puas rasanya Fareed nak menatap wajah comel Iffah.

Iffah memulakan langkahnya, diikuti Fareed.  Kekadang dia terloncat-loncat cuba mencapai daun pokok yang rendang.

“En. Fareed tak jawab lagi soalan saya”

“Emm..apa dia sayang?” Fareed berlari kecil sambil muka dia hadapkan ke arah Iffah (berlari terbalik).

Sayang? Rasa macam nak tanggal jantung Iffah bila Fareed ucapkan kata sayang.   Serius ke tak, Iffah tak tahu.  Yang penting dia tak nak Fareed tahu dia juga menaruh perasaan terhadap bosnya.  Dia nak uji sejauh mana cinta Fareed terhadapnya.  Cinta?  Alamak, betul ke Fareed cintakan dia? Iffah keliru… yang penting dia suka bila ada Fareed walaupun masih janggal pada Iffah.  Dia mana teman lelaki selama ni, yang ada cuma kawan-kawan biasa je.  Dia tak suka menaruh harapan tetapi dia suka berkawan. 

Iffah berhenti lalu menekup wajahnya.  Fareed cepat-cepat memusingkan badannya lalu…dengan tak tersengaja, tiang lampu yang tak pandai berkata tu pun terlanggar oleh Fareed. 
“Toinggg…@!*/!!!” segala bulan & bintang keluar dari penglihatan Fareed.  Bila dah hilang segala bulan & bintang, Fareed terajang  tiang lampu yang tak bersalah tu sambil menggosok-gosok dahinya yang kemerahan akibat terlanggar tiang. 

Iffah tergelak sambil menekan perutnya.  Air matanya dah terkeluar kerana gelihati yang teramat sangat melihat bosnya terlanggar tiang lampu.

“Adoiii..,bukannya awak nak tolong kita..sakit ni? Tolong bubuh ubat..” Fareed menunjukkan muka masam.  Pura-pura merajuk untuk meminta belas kasihan Iffah.

Iffah tak peduli.  Lagipun mana ada ubat.  Dia ketawa lagi sambil menekan perutnya.  Orang yang lalu lalang berjogging pagi tu semua tersenyum melihat gelagat Iffah & Fareed.  Kebanyakkan orang di situ semua kenal Iffah, mereka tahu mesti lelaki yang bersama Iffah adalah kekasihnya.  Iffah mana pernah keluar berdua-duan bersama lelaki sebelum ni.  Tak lama lagi seluruh perumahan tu akan tahu yang Iffah dah ada teman lelaki.  Biasa la tu… mulut jiran-jiran sekarang bukannya boleh dipercaya.  Tak ada gossip, tak syok…tak lama lagi sampailah berita panas tu kat telinga mamanya. 

Iffah memegang kepala Fareed.  Dia cuba melihat kesan lebam tadi.

“Tak ada apa pun? Ek..eleh.. sikit je ni..” Ujar Iffah sambil cuba memeriksa dahi Fareed lagak seorang jururawat.  Dia tersenyum.  Sempat juga dia curi pandang raut wajah bosnya, memang hensem.  Sebab tu ramai orang minat kat bosnya.  Nak tenung lama-lama tak boleh, nanti Fareed perasan pulak.  Sekejap pun jadik lah.. 

“Iffah!”  Kelihatan seorang jejaka melambai dari jauh.

Iffah toleh ke belakang.  Abang Ilyas rupanya, siap berpakaian sukan pulak tu.  Kenapa dia datang awal sangat.  Nak jumpa Iffah ke mama ni?  Iffah balas lambaian Ilyas.  Lega, abang Ilyas datang.  Tak dan la Fareed nak ngorat Iffah lagi.

“Fareed pun ada?” Ilyas berjabat tangan dengan Fareed.  Ni mesti kes nak mengurat la ni.. Ilyas berkata dalam hati.  Dia ada perasan macam tak suka bila Fareed bersama Iffah.  Dia takut Iffah jatuh cinta dengan Fareed.  Habis dia nak letak kat mana?  Dia pun cintakan Iffah juga..mana boleh jadi ni..

“Ni apasal dahi dua-dua merah?  Jatuh ke?” Ilyas heran bila ternampak kedua-dua dahi Iffah & Fareed merah.

“Ya, kami terjatuh.” Bohong Fareed.  Padahal baru je terlanggar tiang.  Iffah pulak bukan main sporting dengan Fareed, dia angguk-anggukkan kepalanya.

“Awal abang sampai?” tanya Iffah.

“Lambat dah ni, tadi hantar umi pergi pasar beli sayur”

“Dah lama tak jumpa mak ngah & pak ngah.” Iffah rasa rindu pulak nak berjumpa dengan bapa saudaranya.

“Lepas ni kita pergi rumah abang.  Umi & Ayah pun rindu nak jumpa Iffah”  Ilyas berjalan sebelah Iffah.  Sekarang ni, Iffah berada di tengah-tengah dua jejaka perasan.   

Fareed dengar je perbualan dua pupu tu.  Nasib baik bukan kupu-kupu, kalau tak dia ambil yang betina dan letak kat laman belakang rumahnya supaya berkawan dengan bunga ibunya.  Yang jantan dia akan simpan buat hiasan dinding.   Biar padan muka.. Nak berdua dengan Iffah pun tak boleh. Geram…geram… Fareed memberontak dalam hati.  Tangan kanannya sengaja dia buat-buat terkena tangan kiri Iffah.  Iffah buat-buat tak tahu, dia tahu Fareed memang sengaja.

Bila Aku Jatuh Cinta-3


Bila Aku dah Jatuh Cinta-3

Iffah baru nak menyuap nasi ke mulutnya tetapi di halang oleh Ilyas.  Terjatuh balik nasi yang baru nak disuap oleh Iffah.  Muka dia merah padam menahan malu takut ada mata yang memerhatikan.  Eeee…malunya..macamana boleh tertumpah camni? Seumur hidupku tak pernah sikit pun nasi terjatuh dari pinggan ke mulut ke? Walau sekecil semut..ha..ha.. betul ke ni? Iffah geram jer memandang Ilyas.  Rasa macam nak telan hidup-hidup si Ilyas. 

“Apa ni?” Bisik Iffah.

“Tunggu..! Baca doa dulu. ” Ilyas tersengeh memandang Iffah tersipu-sipu malu.  Dia rasa gelihati melihat telatah Iffah yang seakan kebudak-budakan.  Tambah-tambah lagi pipi Iffah dah kemerah-merahan sampai ke cuping telinga.

Selesai baca doa, Iffah terus meneguk air.  Dia segan nak menyuap nasi kemulutnya.  Dia takut di kenakan sekali lagi oleh Ilyas.

“Makan la..”Sapa Ilyas sambil mengambil isi ikan siakap yang dimasak steam lalu di letak atas pinggan Iffah.

“Terima Kasih..biar Iffah ambil sendiri. Abang nak ni? ” Affifah menyuapkan ikan memulut Ilyas.  Belum sempat lagi Ilyas bersuara, ikan dah masuk dalam mulutnya.  Mereka ketawa kerana masing-masing dah terkena. “Padan muka dia, tadi kenakan aku ya..?” Iffah berkata dalam hati.  Dia tergelak, bukan main suka dia dapat kenakan Ilyas.  Ilyas menutup mulutnya dengan tangan takut tersembur keluar.

“Kalau Iffah yang suapkan, abang makan.” Ilyas berkata sebaik saja ikan ditelan oleh nya.

“Yela tu..”ujar Iffah.  Iffah teringat peristiwa petang tadi.  Dia suapkan ayam ke mulut Fareed.  Kali ni Ilyas pula. . Macam mana ni? Dua jejaka suapan.  Takan cepat sangat jatuh cinta kot? Eh, mana boleh.. Ilyas abang sepupu, Fareed pulak bos.  Gila ke apa aku ni? Abang Ilyas hensem, mesti dah ada makwe. Fareed tak leh, dia tu bos aku yang miang.. Alaaa… camana ni?? Tolong..!!! jerit Iffah dalam hati.

“Engkau apasal Iffah, tetiba je senyum sorang-sorang.. dah nyanyuk ke apa?” Fareed mengetuk pinggan Iffah dengan sudu.

“Eh..! mana der.. abang yang nyanyuk kot?” Iffah balas ketukan di pinggan di pinggan Ilyas.

“Hai! Gembira Nampak?”

Iffah & Ilyas sama-sama berpaling mendengar suara menyapa tanpa di undang.

“Fareed..???” Ilyas & Iffah sama-sama menjerit dalam hati.  Macamana mamat ni boleh berada kat sini?  Kacau daun la pulak.. bisik Ilyas dalam hati.  Habislah kalau dia ternampak Iffah, mesti boleh jatuh cinta punya..

Segannya, macamana bos aku yang miang ni boleh ada kat sini?  Janganlah dia lama-lama kat sini.. Iffah mengeluh dalam hati. 

“Helloooo..??” Fareed  melambai-lambai kan tangannya betul-betul depan mata Iffah & Ilyas.  Bila dia nampak kedua-dua nya terperanjat beruk dengan kehadiran dia yang tanpa di undang. 

“Aku ni nampak macam hantu ke jembalang? Atau seperti orang minyak?” Fareed menarik kerusi orang sebelah yang kosong lalu duduk sebelah Ilyas & Iffah.    Bukannya nak minta permission, main duduk je mamat ni.  Tak malu, patut pun macam orang minyak.  Selalu tak minta izin.  Suka-suka dia je…Poyo betul.

“Aku rasa engkau macam orang minyak.  Sebijik…” Ilyas menepuk bahu Fareed.  Dia tahu Fareed takan marah bila dia bergurau camtu. 

Iffah heran, macamana abang sepupu dia boleh kenal En. Fareed.  Dia macam orang mati kutu walaupun rambut dia tak ada kutu.  Atau abang sepupu dia dah tahu yang Fareed ni bos dia.  Tapi takan abang sepupu dia berani berkata camtu dan Fareed pulak bukan main lagi main duduk je tanpa di jemput.  Berserabut kepala Iffah.

“Baiklah ustaz.. orang minyak ni nak bertanya?  Yang ini siapa..?” Fareed bertanya pada Ilyas. 

“En. Fareed, kami ni sepupu..yang itu abang sepupu saya. ” Iffah berkata dulu sebelum Ilyas.  Ilyas baru nak bersuara dah terpotong pulak oleh Iffah.   

Fareed mengurut-urut dadanya lega.  Uhhh…lega, nasib balik sepupu. Ingatkan bakal isteri Ilyas tadi.  Ada can nieh.. sebelum tu kena ambil hati bakal abang ipar dululah.. Fareed berangan-angan pulak. 

“Oh..sepupu..”

“Macamana awak berdua boleh kenal?” Ilyas heran. 

“Orang minyak, biasa ler.. siapa tak kenal.” Fareed menepuk-nepuk dadanya ala-ala Tarzan.

Mereka sama-sama gelak.   Gelihati la pulak bila tengok muka Fareed buat lawak.  
Kata orang minyak tapi berlagak macam Tarzan.  Tak sesuai langsung.

“Kami satu ofis la bro..”

“Ooo.. patutla..” Ilyas menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. 

“Dia bos Iffah.  Abang pulak?  Macam mana boleh kenal En.Fareed?” soal Iffah.

“Kawan  lama..” Mereka berkata serentak.  Cinabeng punya  Fareed.  Iffah tanya aku bukan tanya engkau.   Mula la tu..pantang tengok anak gadis yang lawa.  Geram je betul Ilyas.  Tetapi senyuman sentiasa terukir di wajahnya yang nampak cool… sesejuk embun pagi.

“Satu sekolah, satu kelas, satu kayu”  Fareed tersengeh-sengeh.

“Kayu? Kayu apa?” Iffah seakan pelik.  Otak kuning betul bos aku ni.  Gertak Iffah dalam hati. 

“Kayu besbol..la.”  jawap Ilyas.  Dia masih ingat lagi kayu besbol mereka kongsi bersama kerana tak cukup stok.  Tunggu setahun baru sampai stok baru.  Itupun dah tamat tingkatan enam.  Kedekut betul sekolah tempat dia orang belajar dulu.  Duit yang ibubapa derma kat sekolah tu pun entah kemana,  selalu kata tak cukup budget.  Nasib baik setahun je belajar kat situ.  Disebabkan orang tua mereka nak sekolah yang bagus terpaksa tukar ke sekolah swasta.  Baru terbuka minda diaorang.. Si Fareed tu jela yang asyik kena baling dengan kapur oleh cikgu Rostam.  Selalu mengantuk dalam kelas.  Tapi keluar keputusan STPM, lulus.. Ok la tu..

Iffah senyum gelihati.  Ingatkan apa ke benda.  Belum kahwin dah pikir macam-macam lak si Iffah ni.  Ilyas & Fareed pandang satu sama lain.  Heran, melihat Iffah tergelak kecil sambil menutup mulut dengan kedua belah tangannya.  Cute sangat bila dia gelak camtu..

“Aku chow dulu lah.. sori yek mengganggu.” Fareed bangun dari kerusi.

“Tak nak order makan ke?” dari tadi asyik berborak sampai terlupa pulak nak menjemput Fareed makan. 

“Takpa, aku dah order dah. Tuuuu..” pangjang je mulut fareed menunjuk pada seorang wanita berumur dalam lingkungan 40an duduk kat meja makan hujung sekali.  Ilyas kenal wanita itu..

Dari jauh wanita itu melambaikan tangannya.  Ilyas membalas lambaian wanita tadi.  Iffah tengok je dari tadi. Selepas Fareed berlalu pergi, Iffah baru nak bersuara bertanya siapa wanita itu tetiba lalu seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 2 tahun datang menyorok bawah meja makan.  Bukan main terkejut Iffah. 

“Maaf cik..cucu saya ni nakal sangat” Pak cik dalam linkungan 50an datang meminta maaf pada Iffah lalu menyelak kain yang menutup meja makan Iffah & Ilyas.  Iffah cepat-cepat bangun kerana geli bila ada budak duduk bawah meja makan.

Telinga budak 2 tahun tadi di tarik oleh pak cik tu.  Kesian budak tu, Nampak kemerah-merah telinga dia.  Budak tu cuma tersengeh je.. sempat dia mengenyit mata pada Iffah. 

Iffah jelirkan lidahnya.  Budak tu balas balik. 

“Ha..! Layan.. layan..” Ilyas seakan-akan marah bila Iffah menjelir lidah kat budak tadi. 

“Suka, cute la..” Iffah duduk balik kat kerusi dia.

Jam dah pun menunjukkan pukul 9.30 malam.  Ilyas memanggil pelayan yang berbaju batik lalu meminta bil.  RM37.50 semuanya.  Ilyas pura-pura minta duit ngan Iffah.  Iffah memuncungkan mulutnya.  Pelayan yang setia berdiri di sebelah Ilyas memerhati je karenah mereka.  Ilyas menghulurkan wang kertas RM10 dalam 4 helai pada pelayan tadi.

“Jom, balik..” Ilyas mengangkat punggungnya.

“Abang pergi toilet dulu..Iffah tunggu kat situ.”

“Emm..duit baki tak ambil lagi?”

“Keep the change..” Ilyas berkata sambil berlalu pergi meninggalkan Iffah keseorangan.

Iffah pun berjalan keluar pintu Restoran.  Baik hati betul abang Ilyas, tak kedekut dengan wang.  Kalau dia, mesti tunggu gak sampai cashier tu bagi balik baki duit.

Sedang Iffah menghayati renungan bulan & bintang, tiba-tiba tangannya di pegang oleh seseorang.  Genggaman yang kuat membuatkan jantung Iffah berdebar-debar.  Iffah toleh ke belakang.   Tiada kata yang terkeluar di mulut manis Iffah.   Peluh sejuk meresap masuk ke seluruh badan..

Bila Aku Jatuh Cinta-2


Bila Aku Dah Jatuh Cinta-2

“Hei! Fareed..!” Ilyas menepuk bahu Fareed dengan kuatnya. Terkejut Fareed. Rasa macam nak tanggal jantung Fareed bila di sergah oleh Ilyas. Kaki baru nak melangkah keluar dari pintu Maybank.

“Hoi! Nasib baik aku tak kena sakit jantung. Alamatnya tak merasalah aku nanti.” Gurau Fareed sambil menepuk bahu kanan Ilyas. Mereka bersalaman. Mereka nampak mesra sekali, maklumlah dah 5 tahun tak berjumpa.

“Engkau dah habis belajar kat UK?” Tanya Fareed

“Dah. Baru sampai semalam. Apa cita beb..” Ilyas memegang bahu Fareed.

“Cita apa? Oh! Ya, aku nak bagitau kat engkau ni. Aku dah jumpa seorang awek. Cunnn… aku ingat nak ambik jadi bini je kali ni.” Fareed berbisik seakan-akan tak mahu orang lain mendengar perbualan mereka.

Mereka berjalan menuju tempat parking kereta. Dari jauh Ilyas ternampak kereta BMW warna kuning. Ni mesti kereta mamat sorang ni sebab tak ada orang lain yang suka-suka menukar warna kereta. Seingat Ilyas dulu kereta tu warna hitam. Atau dia tersalah teka. Bila Fareed menekan punat kat kunci kereta yang dia pegang, BMW tu terus bersuara.”Welcome.”

“Woitt..bukan main lagi keta engkau ni ya. Siap welcome pulak tu.” Ilyas berdiri di tepi BMW Fareed. Jari dia bermain-main atas bumbung kereta Fareed.

“Engkau serius ke? Dulu bukan main lagi engkau merembat si Murni tu.” Ilyas cuba mengorek rahsia Fareed. Sebab dia takut sahabat dia ni nak mainkan anak orang lagi. Kesian pulak bila teringat kat perempuan lawa-lawa ni, kalau asyik kena tinggal je dengan si Fareed. Macam kata pepatah, habis madu sepah di buang.

“Itu dulu. Sekarang ni aku dah berubah. Murni tu yang nak sangat. Aku bantai je la..preeee…”Uhuk..uhuk..uhuk..Fareed pura-pura batuk. Ilyas menggelengkan kepala melihat kaletah sahabat dia sorang ni.

“Lagipun ada syaitan bertenggek kat atas kepala aku ni” Fareed menunjuk kat atas kepala dia.

“Banyaklah setan engkau. .! Sini aku cekik dia..” Ilyas berlagak mahu mencekik Fareed. Mereka ketawa memecahkan suasana sepi kat tempat parking bangunan Maybank. Nasib baik la tak ada orang. Kalau tak, mak cik cleaner tu mesti ingat diaorang mengumpat dia. Tak ke mampus kena bantai dengan batang mop mak cik tu.

Fareed mengangkat kedua belah tangannya seperti orang kalah berperang.

“Eh! Murni kan kat UK sekarang... Engkau tak jumpa dia ke?” sambung Fareed lagi.

“Engkau ingat London tu kecil? Kalau jumpa pun aku pura-pura tak kenal. Tak pasal-pasal, dia goda aku pulak.” Ilyas ketawa. Memang tak kering gusi bila dua sahabat ni berjumpa.

“Engkau lain, rajin sembahyang. Takan tergoda kot?” usik Fareed.

“Yela..itulah godaan namanya..Eh! Aku lupa nak bagitau engkau. Harini, aku nak jumpa bakal mak mertua aku, esok aku call engkau,ya. Kita sembang lagi.”

“Ok la..aku pun nak pergi kerja ni. Awek cun tengah tunggu. Cunnnn!…beb…!” Fareed membuka pintu keretanya dan terus menghidupkan enjin.

“Brumm…Brummm…Brummm.” Bunyi enjin kereta mengaung bila Fareed menekan minyak. Ilyas tersenyum je melihat kaletah sahabatnya itu. Ilyas tau mesti Fareed dah ubah suai ekzos kereta dia pulak.
Fareed pun berlalu pergi. Dia lambaikan tangannya pada Ilyas. Ilyas balas lambaian Fareed sambil mengeleng-gelengkan kepala.

********************************
“Assalamualaikum..” Ilyas terjenguk-jenguk dari luar pagar rumah teres 2 tingkat.

“Walaikumsalam..” Balas Puan Faridah bila mendengar orang memberi salam. Di tersenyum melihat anak buahnya datang. Ilyas mencium tangan Puan Faridah.

“Masuklah..”pelawa Puan Faridah.
Ilyas membuka kasutnya dan terus duduk di sofa ruang tamu. Mata dia melilau sana sini melihat pemandangan dalam rumah mak longnya. Dia seperti mencari sesuatu.

“Iffah mana mak long?” Tanya Ilyas untuk memulakan perbualan. Betapa rindunya dia ingin menatap wajah anak gadis mak long nya itu. Macamana la rupa Iffah sekarang? Comel lagi ke? Gemuk ke? Atau bertambah lawa ke? Ilyas cuba membayangkan macamana rupa Iffah sekarang ni.

“Dia kerja. Kejap lagi balik la tu. Mak Long suruh dia balik cepat harini”

“Boleh tak Is tumpang bilik untuk sembahyang mak long?” Ilyas melihat jam dah menunjukkan pukul 4.50 petang. Sudah sampai waktu Asar.

“Pergilah..” Puan Faridah menudingkan tangannya ke bilik bawah yang kosong. Bilik itu memang di khaskan untuk tetamu yang datang bermalam di rumahnya. Tiap-tiap hari dia kemas bilik tu walaupun tak ada orang tidur di situ. Dia takut berhabuk. Bila berhabuk, selalunya ada je benda yang nak menumpang. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku dia gantung ayat Al-Quran dalam bilik, jadi bila ada tetamu datang rumah dan tumpang tidur tak adalah rasa pelik.

Selesai sembahyang asar, Ilyas pun duduk di ruang tamu sambil membelek album. Puan Faridah pula sibuk menggoreng pisang di dapur. Selang setengah jam kemudian kedengaran kereta masuk. Dari jauh kelihatan gadis manis berbaju kebaya hijau keluar dari kereta MYVI warna putih. “Ni mesti Iffah”. Bisik Ilyas dalam hati. Ilyas membuka pintu sambil melemparkan senyuman.

“Abang Is..bila sampai?” Iffah terkejut kegembiraan melihat sepupunya itu. Kalau perempuan dia mesti dah peluk tetapi Ilyas tu lelaki. Dia bersalam je dengan sepupunya itu.

“Semalam.” Balas Ilyas. Gembira bukan main dia kerana melihat Iffah semakin lawa & comel.

Iffah yang gembira dengan kedatangan sepupunya itu, terus mengajak dia berbual di ruang tamu. Banyak yang mereka bualkan. Maklumlah dah 6 tahun mereka tak berjumpa. Ilyas ikut orang tua dia berhijrah ke bandar, kerana ayah dia dilantik menjadi Pengarah Syarikat perkapalan. Terpaksalah mereka berpisah untuk sementara waktu. Sejak Ilyas duduk di Bandar, mereka langsung tak balik kampong kerana ayah dia sibuk. Bila cuti Hari Raya, mereka kena bercuti di luar Negara pula kerana atas urusan kerja, ayah dia terpaksa membawa mereka sekeluarga sekali. Keluarga bahagia katakan..

“Manis adik abang ni..” puji Ilyas. Iffah tersenyum malu.

“Minumlah Is, mak long buat kopi je dengan goreng pisang. Tak beli barang lagi ni..” Ujar Puan Faridah sambil menuang air kopi dalam cawan Ilyas.

“Mama duduk la dulu borak dengan abang Is. Iffah nak mandi dulu. Abang Is belanja ya..kita makan di luar malam ni. Boleh tak?” Iffah mengusik abang sepupunya Ilyas. Dia tahu mesti Ilyas setuju kerana dah lama mereka tidak berjumpa. Banyak perkara mereka nak borakkan.
Ilyas angguk sambil tersenyum. Memang dia berhajat nak membawa Iffah keluar pun. Dah ada lampu hijau, on je la...

“Iffah semakin lawa sekarang ni Mak Long. Dia dah ada boyfren tak?” Tanya Ilyas.

“Belum lagi kot? Tak dengar pun dia bercerita pasal teman lelaki. Iffah ni, kalau ada apa-apa mesti bagitau Mak Long. Almaklumlah..mak long ni satu-satu mak dia.” Ujar Puan Faridah. Dia tahu Ilyas mesti dah jatuh cinta dengan Iffah.

Ilyas senyum. Mereka berborak sambil gelak-gelak. Sampai jam menunjukkan pukul 7petang pun tak terasa. Iffah keluar dari biliknya, dia kelihatan begitu anggun sekali dengan night dress yang dia pakai. Tak seksi tetapi bila mata memandang jadi seksa. Senyuman yang menawan membuatkan mata Ilyas tak berkedip memandang kearahnya.

“Abang! Apa ni? Macam nak telan orang je..?” Usik Iffah sambil menepuk bahu Ilyas yang duduk di sofa.

“Tak, abang ingatkan bidadari syurga datang tadi. Tapi..” Ilyas mengurut-ngurut dagu dia.

“Tapi apa?” soal Iffah serba salah pulak bila Ilyas buat macam tu.

“Pakai tudung lagi lawa..” Ilyas berlagak mengurut-urut dagunya. Iffah memukul Ilyas tetapi dapat di tangkap oleh Ilyas. Mereka berpandangan. Dua mata bertemu, Iffah kalah tertunduk malu. Puan Faridah tersenyum je dari tadi melihat karenah mereka berdua. Dia mengharapkan agar Iffah & Ilyas di jodohkan.

“Dah lah! Jom la..” Ajak Iffah. Dia menarik hujung baju Ilyas.

“Tunggula..selepas maghrib kita keluar. Kita sembahyang jemaah sama nak?” Ajak Ilyas.

“Ala..Iffah cuti. Abang sembahyang ngan mama ya?” Iffah memandang kearah mama kesayangannya.

“Takpalah..Is sembahyang dulu. Mak Long nak mandi dulu. “ kata Puan Faridah.

Tak lama selepas itu, azan maghrib pun berkumandang ke udara. Ilyas cepat-cepat menunaikan kewajipannya. Selesai sembahyang, dia terus meluru kearah Iffah yang tengah menonton tv.

“Mama Iffah dah siap?” Tanya Ilyas.

“Mama tak nak ikut. Dia suruh kita keluar berdua” Ujar Iffah. Dia bangun dan terus mencapai tas tangannya.

“Ok lah..kalau camtu. Kita date berdua. Bye.. Mak Long..” Lambai Ilyas.

“Bye...” Balas Puan Faridah sambil berjalan untuk mengunci pintu. Dia rasa senang hati sekiranya Ilyas jadi menantunya. Tak payah dia nak pening-pening memikirkan bakal menantu yang lain. Dahla kuat sembahyang, hormat orang tua pula tu.
****************************************************