Bila Aku Jatuh Cinta

Selasa, 8 November 2011

KEK LAPIS EVERGREEN (BAKAR)

KEK LAPIS EVERGREEN

Bahan-bahan
250 g mentega
3/4 cwn gula halus/kastor
6 biji telur - A 
1 sk ovallete
200 g susu pekat manis (1/2 tin)
2 sb pandan pes
1 sk pewarna hijau
1 peket serbuk santan (50g)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri - diayak
1 sk vanilla

Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.Masukkan telur sebiji2 terus pukul hingga habis lalu masukkan ovallete dan pukul lagi hingga sebati. 
3.Masukkan pula susu manis,pandan pes dan pewarna hijau dan gaul dengan senduk/spatula.. 4.Masukkan serbuk santan ke dalam adunan,gaul rata.
5.Akhir sekali masukkan tepung dan vanilla dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
6.Tuang 1 1/2 senduk adunan (atau 1 senduk jika inginkan lapisan yg nipis) dan ratakan ke dalam loyang yg dialas dan digris dasarnya.
7.Bakar menggunakan api atas hingga permukaan lapisan kek kecoklatan.Bakar selapis2 hingga habis. 8.Untuk lapisan terakhir,bakar dengan menggunakan api bawah pd suhu 150C selama 20 min atau hingga permukaan kek kecoklatan.
9.Sejukkan kek,potong kecil dan hidangkan.

KEK COKLAT BASAH

KEK COKLAT BASAH

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan susu cair
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1.Pukul telur hingga kembang
2.Masukkan gula dan pukul lagi
3.Kemudian masukkan minyak masak
4.Pukul semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Pukul sehingga sebati.
5.Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6.Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecil panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Sabtu, 5 November 2011

Cerpen: Misteri Pulau Ponti


Misteri Pulau Ponti

Ini adalah kali pertama aku akan berpisah dengan orangtuaku.  Ibu mengesat airmatanya, macamlah aku pergi jauh-jauh selama setahun.  Mungkin aku anak kesayangan Ibu kot sebab tu dia bersedih aku meninggalkan rumah.  Kakak & abang-abang aku pergi jauh-jauh, takada la pulak dia nangis. 

“Seminggu je bu..dahlah.. dahlah..” Aku pujuk Ibuku.  Ku dakapkan kepalanya ke dadaku.  Aku ambil tisu dalam van lalu ku kesat airmata ibu. 

Kawan-kawanku senyum semacam je melihat aku.  Mesti diaorang usik aku ni nanti.  Senyumlah korang, nasib aku baik tau dapat ibu yang penyayang.

“Nah, bawak ni.”Ibu menghulurkan buku Al-Quran bersaiz 10xcm buatku. 

“Tak, yah..la bu. Nanti rosak pulak buku ni.”

“Simpan, kalau ada apa-apa baca doa kat dalam ni untuk menghalau benda jahat.” Ibu tahu aku ni selalu ponteng sembahyang.  Doa qunud pun aku tergagap nak hafal.  Tiap kali sembahyang jemaah dengan ayah, aku standby buku doa.

“Yelah..yelah..” Aku pun bersalam dengan Ayah & Ibu.  Aku masuk ke dalam perut van.  Ku lambai-lambaikan tangan kepada orangtuanya.

“Susu tak bawa?” Aku dah agak dah soalan cepu emas ni yang akan terkeluar.  Semua dalam van tergelak.

“Ha! Gelak, gelak..nanti gigi kena cabut dengan hantu baru korang tau.” Marahku.

“Masin mulut engkau…” Sofea bersuara. Dia ni agak penakut sikit tetapi nak ikut juga.

Perjalanan ke Pulau Ponti memang jauh, kami bertolak jam lapan pagi, sampai kat jeti tepat puku 12 tengahari.  Kebetulan kat jeti tu ada warung, kami pun mengalas perut dulu.  Sedap juga ikan bakar kat tepi sungai ni.  Betul-betul segar & sedap sekali.

Selesai makan tengahari, kami teruskan perjalanan dengan menaiki sampan, muat untuk 5 orang satu sampan.  Jadi kami sewa 3 buah sampan kerana kamera yang kami bawa agak berat. 

Rombongan ke Pulau Ponti betul-betul menyemarakkan perasaanku.  Tak sabar aku nak melihat rupa Pontianak atau jembalang seperti yang aku pernah dengar dari cerita kawan-kawanku.  Di sebabkan aku tak pernah mempunyai perasaan takut dengan hantu, jadi aku bersetuju bila rakan sekerjaku  mencadangkan kami membuat kajian tentang Pontianak di Pulau Ponti. 

Sepanjang perjalanan mengambil masa selama satu jam setengah, aku betul-betul terpukau dengan keindahan alam.  Memang indah sekali panorama yang Allah bagi ini.  Kami berkemas-kemas menyediakan kelengkapan khemah, kamera kami pasang betul-betul supaya tak jatuh bila kena tiup dengan angin.  Angin yang sepoi-sepoi bahasa, meremangkan bola roma.  Sejuk betul tempat ni.  Kampung orang pun tak ada, mungkin terlalu jauh kot atau memang orang takut dengan Pontianak sebab tu semua takut nak berkampung di situ.  Daripada cerita pak cik yang menyewakan sampan untuk kami, memang pulau tu tak berpenghuni.  Yang datang cuma peneroka & nelayan untuk melepaskan penat lelah.  Bila dah nak masuk senja semua cepat-cepat pulang kerana takut ada gangguan.  Inilah kali pertama dia nampak budak-budak muda seperti kami datang berkhemah.   Dia berpesan, sekiranya tercium benda wangi, yang datang tu hantu baik.  Bila berbau busuk, selalu nya hantu jahat.  Menarik juga cerita pakcik tu.

Aku belek jamku dah pun menunjukkan pukul 5.  Cepatnya matahari nak terbenam.  Cepat juga malam kat sini.  Aku panggil Sofea & Jojo untuk temankan aku pergi menyediakan makan malam.  Kami bakar ikan yang kami beli dari kedai tepi jeti tadi.  Berseleranya kami makan.  Selesai makan, kami nyanyi-nyanyi & buat unggun api.  Malam ni kami bercadang nak rehat dulu sebab kepenatan.  Bunyi cengkerik dan katak berkumandang menyanyikan lagu sumbang.  Sedang aku syok-syok nyanyi, aku rasa ada tangan memegang bahuku.  Bila aku toleh, tiada sesiapa kat belakang aku.  Aku sambung nyanyi balik.   Sofea aku tengok diam je dari tadi, mungkin penat agaknya.  Banyak kali dia menguap.

“Jom, tidur..”aku ajak Sofea masuk dalam khemah.

Dia bingkas bangun lalu masuk ke khemah kami berdua.  Berjalan pun macam orang tak makan.  Memang penat betul Sofea.  Yang lain pun turut serta masuk khemah masing.  Unggun api kami biar menyala supaya haiwan liar tak datang.

Sofea tanpa berlengah lagi terus menutup mukanya dengan bantal kecil.  Tidur agaknya. Aku angkat perlahan-lahan bantal kecil, wah! Betul-betul tidur la minah ni.  Mata aku pulak belum nak tidur lagi.  Aku rasa lebih baik dengar muzik.  Banyak dah lagu yang aku download dalam hansetku.  Kawan-kawan yang lain mesti dah lena di buai mimpi.  Sedang aku syok dengar lagu, nampak ada bayang orang berjalan di luar khemah aku & Sofea.  Aku tutup muzik dan ku buka pelan-pelan pintu khemah.  Hamidah rupanya.

“Min, temankan aku jap.  Perut aku sakit la..” Hamidah menekan-nekan perutnya.  Kesian pulak aku nampak Hamidah.

“Ok, jap.” Aku korek-korek poket beg galasku, akhirnya aku jumpa lampu suluh.  Aku pun berjalan di belakang Hamidah.  Kami masuk dalam hutan jauh sikit takut sampah sarap dalam perut Hamidah tu berbau kalau membuang dekat tempat kami berkhemah.

Aku nampak sebatang pokok tumbang yang hampir reput.  Aku bagi isyarat kat Hamidah supaya melepas kat situ.  Dia berlari-lari anak.  Lepas tu aku dengar “Pretttt, pet..pet..pet..pretttt..!” nak termuntah aku. 

“Pengotor la engkau ni Midah..”

“Tutup telinga tu..” Midah ketawa melihat aku menutup hidung.

Aku pun beredar jauh sikit dari Hamidah.  Tak kuasa aku nak menyedut udara busuk Hamidah.  Sedang aku duduk di atas tunggul kayu sambil membunuh nyamuk yang cuba menghisap darah di kakiku, aku ternampak kain putih sangkut kat atas pokok.  Macam mana kain putih boleh ada kat pokok ni? Mungkin payung terjut kot? Manala tau, ada orang buat terjun udara tapi sangkut kat situ.  Atau nelayan yang buang pukat kat atas pokok? Rasa ingin tahu membuatkan aku menghampiri pokok tadi.  Aku pandang ke atas, kelihatan mata burung hantu bersinar-sinar memandang aku.  Cantiknya..sebab aku belum pernah tengok dekat-dekat burung hantu. 

“Shuh..! Shuh..!” Aku halau burung hantu tadi.  Dia pun terbang entah ke mana.  Daun-daun jatuh berguguran bila kena langgar dengan burung hantu tadi.  Aku terlompat-lompat sambil ku kuis-kuis dengan kayu kain putih tadi tetapi makin lama makin tinggi.  Apasal makin lama makin tinggi? Pelik..  Berpeluh la jugak bila terlompat-lompat.

“Yasmin!” Hamidah menepuk bahuku.  Aku tersengeh-sengeh memandangnya.  Dah lega la tu..

“Engkau pakai minyak wangi ke?” soal Hamidah lagi.

“Mana der..aku tak pernah pakai minyak wangi.  Kentut adala..” Aku gelak dengan kuatnya.

Tetiba aku nampak wajah Hamidah bertukar pucat.  Lampu suluh kat tangan dia terjatuh.  Pelik betul.. pasal aku cakap kentut takan terus sakit.  Hamidah menarik tanganku, mulut di muncungkan supaya aku toleh ke belakang.  Bulu romaku meremang, aku rasa lain macam je.  Aku toleh ke belakang, aku nampak satu lembaga berbaju putih & berambut panjang.  Muka dia tak jelas sebab ditutup oleh rambutnya yang panjang mengurai.  Aku jadi kaku, mulutku tertutup seperti kena gam.  Aku cuba pejamkan mata, mana tahu aku cuma bermimpi tetapi makhluk serupa wanita masih berdiri di hadapanku. Tetiba dia ketawa mengilai lalu terbang keatas.

Aku dan Hamidah terus lari pecut 100meter.  Di sebabkan terlalu takut yang teramat sangat, aku terus redah je masuk dalam khemah.  Peduli apa aku Sofea, dia pun mungkin masih di buai mimpi yang indah.  Selimut ku tarik menutupi seluruh badanku.  Di sebabkan aku tak pandai dalam bab-bab baca doa, aku pun bantai je doa makan, doa qunud dan Al-Fatihah je.  Dulu mak suruh masuk sekolah agama aku bantah.   Sekarang baru menyesal.  Kalau tak, dah lama aku bantai hantu Pontianak tu, tak payah susah-susah aku lari pecut.  Boleh aku tunjuk terror kat member-member aku.  Harap-harap Hamidah tak pecahkan rahsia aku kat geng-geng yang lain. 

Sedang aku menggigil ketakutan, tiba-tiba khemah aku dan Sofea tumbang kena tiup angin yang kuat.
Bukan setakat khemah kami berdua, khemah rakan-rakan yang lain pun sama.  Kami semua kelam kabut dan takut yang teramat sangat.  Kami semua dah panik dan tak tahu nak buat apa.  Angin kemudian bertiup dengan kencang.  Habis berterbangan segala kertas kerja dan barang-barang yang lain.  Tempat kami berselerakan. Mengamuk ke apa Pontianak ni? Ilaian Pontianak semakin menjadi, kejap suara dia seperti orang menangis bercampur aduk dengan tangisan budak kecil.  Kat hutan macamni mana budak kecil, mesti anak Pontianak tadi la tu.

Selang lima minit kemudian, cuaca kembali normal.  Kami menyusun ala kadar barang-barang yang berselerakan.  Tak sabar rasanya nak menunggu hari siang.  Sebaik khemah di dirikan semula, kami pun tertidur keletihan.

Keesokan harinya kami dapati tempat kami seperti tiada apa yang berlaku semalam.  Hairan bin ajaib, siapakah yang mengemas barang-barang kami.  Semua saling bertanya tetapi masing-masing menafikannya.  Kami bercadang untuk meninggalkan Pulau Ponti, takut perkara buruk berlaku lagi dahsyat kiranya kami meneruskan bermalam di situ.  Pagi-pagi subuh Pak Cik yang membawa kami ke Pulau Ponti datang bersama kawan-kawannya yang haritu.  Dia tersengeh memandang kami, menampakkan gigi kuningnya yang jarang.  Rupa-rupanya Pak Cik tu datang sebab takut perkara buruk berlaku kepada kami.  Ada sekali tu, kumpulan budak-budak muda seramai 6 orang, berpasangan datang berkhemah tetapi hilang sampai sekarang.  Bila Pak Cik menegur perbuatan mereka terus kena maki.   Pak cik tu tak menceritakan pada kami mula-mula sebab risau kami takut.

Selepas siap berkemas, kami pun meninggalkan Pulau Ponti dengan perasaan kecewa sebab gagal merakam gambar hantu tetapi kami bersyukur kerana selamat dan tiada seorang pun yang cedera.  Tetapi yang masih dalam persoalan, siapakah yang mengemas barang kami sedangkan bukan main teruk tempat itu di kerja ribut Pontianak semalam.  Sampai di tebing kami pun memunggah barang-barang masuk dalam van.  Baru sahaja aku berpaling untuk menghulurkan duit tambang dekat Pak Cik tadi, dia sudah menghilangkan diri.  Sekali lagi kami terkejut, kedai yang berada di tebing sungai semua menghilang.  Yang ada cuma sebatang pokok cempaka dimana bunga nya berwarna kuning.  Semua berpandangan, kami pun termuntah takut termakan cacing.  Aku apalagi, ku korek sedalam-dalamnya supaya terkeluar benda kotor yang kami makan hari pertama sampai di situ.
Bila pintu van tutup, kami bergegas meninggalkan tempat itu. Dari kejauhan aku ternampak Pak Cik yang membawa kami melambaikan tangan.  Aku renung je dari dalam van sehingga van semakin jauh lalu hilang dari pandanganku.  Sofea menjelingku.

“Nampak tak?” tanyanya.

“Nampak” jawabku.

“Aku pun.” Balas Hamidah

“Aku pun” serentak yang lain bersuara.  Nampaknya bukan aku seorang jadi aku masih waras lagi.

Aku nekad, akan belajar agama dengan ayah lepas balik nanti.  Tak sanggup aku di ketawakan hantu kerana salah baca doa.  Bagus juga percutian kami ini kerana dapat menyedarkan aku dari hanyut oleh arus zaman yang serba melalaikan dan melupakan agama.

Sekian..harap terhibur.

Novel: Bila Aku Jatuh Cinta-7


Bila Aku Jatuh Cinta-7
Pn Faridah tahu, Iffah tengah keliru sekarang ni samada nak minta Fareed hantar ke klinik atau Ilyas.  Dari raut wajah Iffah, dia boleh gambarkan yang anaknya itu dalam dilema.  Dia sendiri tak tahu siapa di hati Iffah sebenarnnya. 

“En. Fareed, biar Ilyas je yang hantar Iffah pergi klinik. Nanti menyusahkan En. Fareed pula.” Pn Faridah menghampiri Fareed.

“Eh, takpa mak cik. Nanti saya hantar.  Iffah kan staff saya. Nanti apa-apa hal berlaku, susah pulak.” Ujar Fareed.  Dia berharap sangat supaya menemani Iffah.  Tak sampai hati dia nak biarkan Iffah demam.   Kalau boleh di tukar ganti, biar dia mengambil tempat Iffah demam.  Fareed betul-betul dah jatuh cinta dengan Iffah.  Tiadanya Iffah di pejabat, semua kerja tak menjadi.  Dia nak Iffah cepat-cepat sembuh, supaya dia boleh menatap wajah Iffah hari-hari.

“Yala, Fareed. Engkau pergi la kerja. Biar aku je yang hantar Iffah.” Ilyas menepuk bahu Fareed.  Bukan main suka lagi dia bila Pn Faridah menyebut namanya.

“Eh, mana boleh. Jom Iffah, biar kita je hantar awak” Fareed menghulurkan tangannya.  Memang kepala batu betul Fareed.  Dia tetap berkeras dan takkan berganjak sekiranya Iffah menolak perlawaannya.

“Macamni la..biar Iffah pergi sendiri. Lagipun mama ada temankan Iffah. Kan Ma?” Iffah mencubit lengan Pn. Faridah.

“Betul tu, biar mak cik temankan Iffah” Pn Faridah terangguk-angguk.

Fareed  & Ilyas berpandangan.  Dalam hati masing-masing masih tak mahu mengalah.

“Iffah, please..biar kita hantar awak.” Fareed merayu lagi.  Kali ni Iffah kesian pula tengok muka Fareed dah berkerut.  Dia kena terima perlawaan bosnya.

Iffah memandang Ilyas.  Dia berharap semoga Ilyas memahami situasi & perasaannya.  Ilyas mengangguk tanda setuju.  Akhirnya Ilyas kena mengalah juga.  Asalkan Iffah sihat, sudahlah.. Kalau cintakan seseorang, kita kena berkorban walaupun terpaksa. “Siap engkau Fareed, kalau engkau merosakkan gadis kesayanganku” Fareed berkata dalam hati.

**************************      

Dalam perjalanan, Iffah mendiamkan diri.  Fareed rasa rimas sekali sebab tiada kata keluar dari mulut manis Iffah.  Di jelingnya gadis manis itu tetapi Iffah memandang keluar tingkap.  Fareed mula memberanikan dirinya lalu memegang tangan kanan Iffah, di genggamnya dengan erat sekali.  Iffah cuma membiarkan.  Di sebabkan masih tiada respon dari Iffah, lalu di kucupnya tangan lembut Iffah.  Cepat-cepat Iffah menarik tangannya dari genggaman Fareed.  Dia terkejut dengan tindakan Fareed walau dalam hati dia mula meminati lelaki itu.  Tetapi dia takut jatuh cinta dengan Fareed sebab dia risau kiranya lelaki itu cuma mempermainkan perasaannya.  “Bos kita tu playboy Iffah, engkau kena hati-hati sikit dengan dia. Selagi dia tak dapat, selagi itulah dia akan kejar engkau” amaran dari Yani rakan sekerja Iffah waktu dia mula-mula kerja dulu mula menyedarkan Iffah dari hanyut di buai perasaan. 

“Oppss..sori” Fareed tersengih sambil menampakkan giginya yang putih berkilau itu.  Kali ini dia letakkan tangan kirinya di atas belakang kerusi tempat duduk Iffah.  Iffah terpaksa mendiamkan diri.  Dia betul-betul rimas, menyesal pula dia menumpang kereta Fareed.

“Belok kiri” Iffah mengarahkan supaya Fareed membelokkan keretanya ke kiri jalan.

“Ok. Berhenti kat depan sikit”

Fareed memberhentikan keretanya.

“Iffah..” Fareed memegang tangan Iffah.  Dia seolah-olah tak ingin melepaskan tangan Iffah yang lembut,selembut kulit bayi.  Iffah cuba menolak tetapi Fareed tak mahu melepaskannya. 

“En. Fareed! Lepaskan tangan saya.” Iffah memandang Fareed dengan sayu. 

“Dengan syarat, awak kena jawab dengan jujur”  Fareed mengenakan syarat la pulak.  Nak kasi lepas pun ada syarat.

“Ok, apa dia?” Iffah kelihatan berminat dengan syarat yang akan Fareed utarakan.

“Awak kena terima cinta saya. Saya dah jatuh cinta dengan awak dari mula-mula saya kenal awak sampai sekarang.  You have to trust me.. Sejak awak hadir dalam hidup saya, saya rasa bahagia sekali.  Jangan ingat saya cuma mempermainkan awak tapi tolonglah.. trust me.  Saya sanggup buat apa sahaja asalkan awak terima saya”  Fareed berkata panjang lebar tanpa membiarkan Iffah mencelah kata-katanya.

“Itu je..?” Iffah tersenyum.   Dia ingatkan Fareed nak minta yang lebih-lebih.  Takut juga Iffah kerana dia tak pernah berduaan dengan lelaki lain selain Ilyas.  Manalah tahu Fareed bertindak di luar keadaan.  Maklumlah banyak sangat cerita buruk tentang Fareed yang dia dengar dari rakan-rakan pejabatnya.  Betul atau tidak, Allah sahaja yang tahu.

“Yup. Itu je. Dan..lagi satu.” Fareed mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Fareed membuka kotak kecil yang didalamnya sebentuk cincin berlian.  Di bukanya di hadapan Iffah lalu di sarungnya di jari manis Iffah.  Iffah terkejut tanpa mengeluarkan kata-kata.  Airmata dia mula menitis satu persatu.  Menangis bukannya bersedih tapi dia begitu terharu dengan tindakan Fareed yang secara spontan gitu.  Perasaan dia sekarang berbelah bahagi.  Samada percaya pada cinta Fareed atau lupakan sahaja perasaan cintanya terhadap lelaki itu.  Biarkan masa & waktu menentukan semuanya.  Iffah tetap akan menguji kesetiaan dan kasih Fareed terhadapnya.  Dia tak mahu mengalah dan takkan membiarkan dirinya jatuh di tangan lelaki yang salah.

Fareed merenung jauh ke arah anak mata Iffah.  Di kesatnya airmata Iffah yang bergenangan.  Dia tak tahu kenapa Iffah menangis.  Adakah dia menyakiti hati gadis itu atau Iffah dah ada orang lain.    

“En.Fareed, saya tak boleh terima cincin ni”

“Kenapa?” Fareed seakan-akan kecewa dengan jawapan Iffah.  Tak pernah perempuan lain sebelum ini menolak pemberiannya.  Itu yang membuatkan dia bertambah menyukai dan ingin mendekati Iffah.  Menolak pemberiannya bermakna Iffah menolak cintanya.  Tidakkk! Saya takkan mengalah.  Amuk Fareed dalam hati.

“Saya tak berhak menerimanya.”

“Kan saya dah kata yang saya betul-betul cintakan awak.”
“Tak boleh!” Iffah cuba mengeluarkan cincin tadi dari jari manisnya tapi tersekat.

Fareed menggenggam erat tangan Iffah. 

“Iffah please..saya merayu pada awak.  Simpanlah sebagai tanda cinta saya terhadap awak.  Saya mengaku yang saya memang tak layak untuk awak.  Tapi saya akan cuba membuat yang terbaik supaya awak boleh menerima cinta saya.”

“En. Fareed..” Iffah menatap wajah Fareed.

“Benarkan saya pergi klinik sekarang” 

Fareed mendengus.  Ingatkan Iffah nak ucapkan kata cinta.  Fareed melepaskan genggamannya.

“Ok, awak pergi dulu. Nanti kita sambung balik” Fareed membiarkan Iffah keluar dari dalam perut keretanya.

“En Fareeed tak nak ikut?” Iffah menjenguk dari tingkap kereta. 

“Kiss me first..”  Fareed member isyarat supaya Iffah mencium pipinya.

“Tak nak la..” Iffah tersenyum lalu meninggalkan Fareed sendirian dalam kereta.

****************************
Bersambung.. minta maaf sebab lambat siarkan bab 7.