Bila Aku Jatuh Cinta

Sabtu, 30 Jun 2012

Gara-gara suka sangat makan cheesy wedges kat KFC, lebih baik buat sendiri. Boleh makan byk2. Puas hati.  Bli kat KFC sikit sangat, mcm x cukup jer...

Anda pun try la.. tak menyesal punya..








CHEESY WEDGES

Bahan -bahan:

(Bahan A – Untuk Cheesy)
5 keping cheese cheddar (saya guna brand Beqa Cheese Smokey BBQ Slices)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
3 sudu besar yogart asli
1sudu kecil gula (sy tak tarok)
sedikit serbuk lada hitam (sy tak tarok)
mayonis + perah sedikit lemon (diletak atas kentang apabila sos cheesy ni siap) sy pakai brand kraft.

(Bahan B-Untuk Wedges)
4 biji kentang besar (potong berbaji)
1 susu besar serbuk kari daging (kalau nak pedas, tambah lagi). Sy x pakai serbuk cili sb yg mkn ni budak2
Secubit garam
3-4 sudu besar tepung goreng ayam (ikut suka)
1biji putih telur

Cara-cara:
Wedges
1.Cuci kentang & kupas kulit (sy buang kulit sb x suka ada kulit)
2.Potong kentang berbaji
3. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
4.Selepas itu, satukan serbuk kari, tepung, garam dan putih telur. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga serbuk tadi bersalut dengan kentang.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.

Cheesy
1. Gunakan non stick pan (kuali yg tak melekat). Panaskan mentega hingga cair
2. Masukkan tepung (kacau perlahan2)
3. Masukkan chesse sekeping2 dan kacau lagi
4.Masukan susu dan yogart
Kacau atas api yang perlahan hingga pekat.

Tuang atas wedges dan selang selikan dengan mayonis.  Siap dah..

****Susu taruk last sekali sb takut terlebih masak.  kalau pekat sangat tambah sikit susu segar****

Selamat Mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau suka sila klik suka