Bila Aku Jatuh Cinta-7
Pn Faridah tahu, Iffah tengah keliru sekarang ni samada nak minta Fareed hantar ke klinik atau Ilyas. Dari raut wajah Iffah, dia boleh gambarkan yang anaknya itu dalam dilema. Dia sendiri tak tahu siapa di hati Iffah sebenarnnya.
“En. Fareed, biar Ilyas je yang hantar Iffah pergi klinik. Nanti menyusahkan En. Fareed pula.” Pn Faridah menghampiri Fareed.
“Eh, takpa mak cik. Nanti saya hantar. Iffah kan staff saya. Nanti apa-apa hal berlaku, susah pulak.” Ujar Fareed. Dia berharap sangat supaya menemani Iffah. Tak sampai hati dia nak biarkan Iffah demam. Kalau boleh di tukar ganti, biar dia mengambil tempat Iffah demam. Fareed betul-betul dah jatuh cinta dengan Iffah. Tiadanya Iffah di pejabat, semua kerja tak menjadi. Dia nak Iffah cepat-cepat sembuh, supaya dia boleh menatap wajah Iffah hari-hari.
“Yala, Fareed. Engkau pergi la kerja. Biar aku je yang hantar Iffah.” Ilyas menepuk bahu Fareed. Bukan main suka lagi dia bila Pn Faridah menyebut namanya.
“Eh, mana boleh. Jom Iffah, biar kita je hantar awak” Fareed menghulurkan tangannya. Memang kepala batu betul Fareed. Dia tetap berkeras dan takkan berganjak sekiranya Iffah menolak perlawaannya.
“Macamni la..biar Iffah pergi sendiri. Lagipun mama ada temankan Iffah. Kan Ma?” Iffah mencubit lengan Pn. Faridah.
“Betul tu, biar mak cik temankan Iffah” Pn Faridah terangguk-angguk.
Fareed & Ilyas berpandangan. Dalam hati masing-masing masih tak mahu mengalah.
“Iffah, please..biar kita hantar awak.” Fareed merayu lagi. Kali ni Iffah kesian pula tengok muka Fareed dah berkerut. Dia kena terima perlawaan bosnya.
Iffah memandang Ilyas. Dia berharap semoga Ilyas memahami situasi & perasaannya. Ilyas mengangguk tanda setuju. Akhirnya Ilyas kena mengalah juga. Asalkan Iffah sihat, sudahlah.. Kalau cintakan seseorang, kita kena berkorban walaupun terpaksa. “Siap engkau Fareed, kalau engkau merosakkan gadis kesayanganku” Fareed berkata dalam hati.
**************************
Dalam perjalanan, Iffah mendiamkan diri. Fareed rasa rimas sekali sebab tiada kata keluar dari mulut manis Iffah. Di jelingnya gadis manis itu tetapi Iffah memandang keluar tingkap. Fareed mula memberanikan dirinya lalu memegang tangan kanan Iffah, di genggamnya dengan erat sekali. Iffah cuma membiarkan. Di sebabkan masih tiada respon dari Iffah, lalu di kucupnya tangan lembut Iffah. Cepat-cepat Iffah menarik tangannya dari genggaman Fareed. Dia terkejut dengan tindakan Fareed walau dalam hati dia mula meminati lelaki itu. Tetapi dia takut jatuh cinta dengan Fareed sebab dia risau kiranya lelaki itu cuma mempermainkan perasaannya. “Bos kita tu playboy Iffah, engkau kena hati-hati sikit dengan dia. Selagi dia tak dapat, selagi itulah dia akan kejar engkau” amaran dari Yani rakan sekerja Iffah waktu dia mula-mula kerja dulu mula menyedarkan Iffah dari hanyut di buai perasaan.
“Oppss..sori” Fareed tersengih sambil menampakkan giginya yang putih berkilau itu. Kali ini dia letakkan tangan kirinya di atas belakang kerusi tempat duduk Iffah. Iffah terpaksa mendiamkan diri. Dia betul-betul rimas, menyesal pula dia menumpang kereta Fareed.
“Belok kiri” Iffah mengarahkan supaya Fareed membelokkan keretanya ke kiri jalan.
“Ok. Berhenti kat depan sikit”
Fareed memberhentikan keretanya.
“Iffah..” Fareed memegang tangan Iffah. Dia seolah-olah tak ingin melepaskan tangan Iffah yang lembut,selembut kulit bayi. Iffah cuba menolak tetapi Fareed tak mahu melepaskannya.
“En. Fareed! Lepaskan tangan saya.” Iffah memandang Fareed dengan sayu.
“Dengan syarat, awak kena jawab dengan jujur” Fareed mengenakan syarat la pulak. Nak kasi lepas pun ada syarat.
“Ok, apa dia?” Iffah kelihatan berminat dengan syarat yang akan Fareed utarakan.
“Awak kena terima cinta saya. Saya dah jatuh cinta dengan awak dari mula-mula saya kenal awak sampai sekarang. You have to trust me.. Sejak awak hadir dalam hidup saya, saya rasa bahagia sekali. Jangan ingat saya cuma mempermainkan awak tapi tolonglah.. trust me. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan awak terima saya” Fareed berkata panjang lebar tanpa membiarkan Iffah mencelah kata-katanya.
“Itu je..?” Iffah tersenyum. Dia ingatkan Fareed nak minta yang lebih-lebih. Takut juga Iffah kerana dia tak pernah berduaan dengan lelaki lain selain Ilyas. Manalah tahu Fareed bertindak di luar keadaan. Maklumlah banyak sangat cerita buruk tentang Fareed yang dia dengar dari rakan-rakan pejabatnya. Betul atau tidak, Allah sahaja yang tahu.
“Yup. Itu je. Dan..lagi satu.” Fareed mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Fareed membuka kotak kecil yang didalamnya sebentuk cincin berlian. Di bukanya di hadapan Iffah lalu di sarungnya di jari manis Iffah. Iffah terkejut tanpa mengeluarkan kata-kata. Airmata dia mula menitis satu persatu. Menangis bukannya bersedih tapi dia begitu terharu dengan tindakan Fareed yang secara spontan gitu. Perasaan dia sekarang berbelah bahagi. Samada percaya pada cinta Fareed atau lupakan sahaja perasaan cintanya terhadap lelaki itu. Biarkan masa & waktu menentukan semuanya. Iffah tetap akan menguji kesetiaan dan kasih Fareed terhadapnya. Dia tak mahu mengalah dan takkan membiarkan dirinya jatuh di tangan lelaki yang salah.
Fareed merenung jauh ke arah anak mata Iffah. Di kesatnya airmata Iffah yang bergenangan. Dia tak tahu kenapa Iffah menangis. Adakah dia menyakiti hati gadis itu atau Iffah dah ada orang lain.
“En.Fareed, saya tak boleh terima cincin ni”
“Kenapa?” Fareed seakan-akan kecewa dengan jawapan Iffah. Tak pernah perempuan lain sebelum ini menolak pemberiannya. Itu yang membuatkan dia bertambah menyukai dan ingin mendekati Iffah. Menolak pemberiannya bermakna Iffah menolak cintanya. Tidakkk! Saya takkan mengalah. Amuk Fareed dalam hati.
“Saya tak berhak menerimanya.”
“Kan saya dah kata yang saya betul-betul cintakan awak.”
“Tak boleh!” Iffah cuba mengeluarkan cincin tadi dari jari manisnya tapi tersekat.
Fareed menggenggam erat tangan Iffah.
“Iffah please..saya merayu pada awak. Simpanlah sebagai tanda cinta saya terhadap awak. Saya mengaku yang saya memang tak layak untuk awak. Tapi saya akan cuba membuat yang terbaik supaya awak boleh menerima cinta saya.”
“En. Fareed..” Iffah menatap wajah Fareed.
“Benarkan saya pergi klinik sekarang”
Fareed mendengus. Ingatkan Iffah nak ucapkan kata cinta. Fareed melepaskan genggamannya.
“Ok, awak pergi dulu. Nanti kita sambung balik” Fareed membiarkan Iffah keluar dari dalam perut keretanya.
“En Fareeed tak nak ikut?” Iffah menjenguk dari tingkap kereta.
“Kiss me first..” Fareed member isyarat supaya Iffah mencium pipinya.
“Tak nak la..” Iffah tersenyum lalu meninggalkan Fareed sendirian dalam kereta.
****************************
Bersambung.. minta maaf sebab lambat siarkan bab 7.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau suka sila klik suka