Novel: Bila Aku Jatuh Cinta-6
Malas rasanya Iffah nak datang kerja. Hati dia sakit bila nampak Fareed berpegangan
tangan dengan Raihanah. Kepala dia rasa
berat sekali nak bangun. Di capainya
telefon bimbit lalu pelan-pelan dia taip satu-persatu ayat “Harini sy MC. En
Fareed kerjalah sorang!!!”Belum sempat Iffah menghantar text message, telefon
dia berbunyi. Terpampang nombor Ilyas,
Iffah biarkan ia berdering sampai terputus sendiri. Entah apa yang Ilyas nak bualkan, yang
penting sekarang ni dia tak mahu ada gangguan.
Tapi kenapa dengan Ilyas? Dia ada buat salah ke? Sabarlah Iffah, kalau dah jodoh engkau dengan
Fareed takan kemana. Buat masa ni engkau
kena tumpukan perhatian buat Ilyas. Dia
sepupu engkau jadi tak salah sekiranya engkau terima dia jadi teman
hidupmu. Sejak Ilyas balik dari UK pun
dia sentiasa ada bila Iffah perlukan.
Iffah senang kan bila ada Ilyas.. semalaman Ilyas pegang tanganmu takkan
Iffah tak ada perasaan langsung.. satu bisikan yang amat menyentuh perasaan
Iffah tika ini. Tapi abang Ilyas tak
pernah ucapkan kata cinta, dia cuma ucap perkataan rindu. Malu la Iffah kalau abang Ilyas cuma anggap
Iffah seperti adik sendiri. Iffah
berfikir sejenak. Dia semakin keliru..
“Ya Allah, berikanlah aku petunjukmu, Ya Allah..”
Iffah menutup wajahnya, kepalanya rasa
berdenyut-denyut. Dia pejamkan matanya
buat seketika. Tanpa Iffah sedari dia
terlelap. Pn Faridah menjengah masuk ke
bilik Iffah, kelihatan Iffah tengah tidur dengan nyenyak sekali. Dia tak tahu sebenarnya Iffah tengah berperang
dengan perasaannya. Pn Faridah menyentuh
dahi Iffah, terlalu panas. Iffah demam
rupanya, Pn Faridah cemas.
“Iffah, bangun nak. Pergi klinik, nanti mama panggil
Ilyas.” Pn Faridah angkat badan Iffah
pelan-pelan lalu disandarkannya.
Iffah senyum. Dia
genggam erat tangan Pn Faridah.
“Dah.. biar mama call Ilyas ya.” Pn Faridah ambil telefon
bimbit Iffah. Dia ternampak ada text
message belum di hantar. “Oh, untuk En.
Fareed rupanya”. Pn Faridah terus tekan
punat hijau. “Sent”.
“Mama, jap. Bak sini handphone tu.” Iffah terlupa nak
padam message yang dia nak hantar kat Fareed.
Pn Faridah hulurkan telefon bimbit Iffah padanya.
“Mana text message tadi?” Iffah tercari-cari text message
tadi.
“Mama dah hantar pun..” jawab Pn Faridah.
Iffah tepuk dahi.
Belum pun sampai 5 minit, telefon dia berdering.
“En. Fareed?” Iffah serba salah, nak angkat atau
tak. Pn Faridah jadi pelik dengan
perangai Iffah.
“Angkatlah.. nanti En. Fareed tu marah.” Pn Faridah
mengarah supaya Iffah jawab telefonnya.
Iffah malu sangat-sangat sebab terhantar message seperti
itu.
“Ni mama punya pasallah nie… Mana Iffah nak letak muka seposen
nie nanti. Lebih baik Iffah berhenti je
lah...Siapa nak bagi duit pulak, kalau Iffah berhenti. Camana nie…..” Iffah berkata dalam hati. Malu tak terhingga, mesti En. Fareed dah tahu
dia perasan selama ini.
Telefon terputus.
Ni dah kali ketiga Fareed telefon Iffah.
Nampaknya Iffah tak ada pilihan.
Dia kena jawab juga.
“Assalammualaikum..” Iffah pura-pura batuk kecil. Pn Faridah tengok je perangai pelik
Iffah. Malas dia nak layan lagi. Dia angkatkan punggungnya lalu beredar dari
bilik Iffah.
“Walaikumsalam.. Iffah kenapa?” Kedengaran suara Fareed
cemas.
“If..fahhh.. demam.” Iffah cuba membuat suara tersekat-sekat
supaya Fareed tak syak apa-apa.
“Demam? Dah pergi
klinik ke? Nak saya datang ke?” Fareed
bertambah cemas. Dia tak nak apa-apa
yang buruk berlaku pada Iffah.
“Datang? Eh,
eh..takpa En. Fareed. Sikit je ni. Lepas
makan panadol eloklah tu nanti.” Iffah seakan terkejut bila dengar Fareed nak
datang. Demam yang melanda tiba-tiba
hilang.
“Awak tunggu ya, saya datang sekarang. Tuttt..” Fareed
meletakkan gagang telefon sebelum sempat Iffah menjawab.
Iffah panik.
Cepat-cepat dia bangun lalu mencari Pn. Faridah. Kelihatan Pn Faridah tengah sibuk menyedikan
sarapan. Iffah nampak ada tiga pinggan
di atas meja makan. Takkan mama dia tahu
Fareed nak datang. Iffah garu-garu
kepalanya yang tak gatal. Rambut dia
kusut masai sebab belum di sikat lagi.
Bangun-bangun terus meluru keluar ke ruang tamu.
“Kenapa ada 3 pinggan ma?”
“Kejap lagi Ilyas datang.
Mama suruh dia temankan Iffah pergi klinik. Pergi cuci muka tu
dulu. Nanti Ilyas nampak comot je anak
mama ni” Pn Faridah berseloroh.
Iffah masuk semula dalam bilik. Di luar kedengaran loceng pintu
berbunyi. Mungkin Ilyas ataupun
Fareed. Iffah menjenguk dari
tingkap. Cadar dia selak sikit untuk
melihat siapa yang datang. Dari jauh dia
nampak Fareed datang dengan sejambak bunga ros merah. Iffah tersenyum, gembira yang teramat sangat
kerana pujaan hati datang membawa bunga.
Iffah cepat-cepat capai tuala lalu masuk ke bilik air.
Pn Faridah membuka pintu.
Senyuman di hadiahkan.
“Assalammualaikum auntie..” Fareed mencium tangan Pn
Faridah.
“Walaikumsalam..” Balas Pn Faridah. Handsome nyer budak ni.. getus hati Pn
Faridah.
“Anak ni siapa? Cari siapa?” tanya Pn. Faridah. Sebelum ini dia memang tak pernah bersua muka
dengan Fareed.
“Saya kawan satu pejabat dengan Iffah auntie.. nama saya
Fareed” Fareed tersenyum.
“Eh, lupa pulak.
Masuk lah..” pelawa Pn. Faridah.
Fareed melangkah masuk ke rumah tamu.
“Iffah mana auntie?” tanya Fareed bila nampak batang
hidung Iffah tak ada. Risau juga dia
takut Iffah dah keluar.
“Ada. Dalam bilik.
Nanti mak cik panggil ya.. eh, nanti auntie panggil ya..” Pn Faridah melatah la pulak. Jarang ada orang panggil auntie kat dia. Anak Jiran Cina depan rumah tu pun panggil
dia mak cik, ni kan pulak anak melayu.
Mestilah dia tak biasa berauntie-auntie..
Fareed tersenyum.. Tak sabar dia nak menatap wajah manis
Iffah. Message yang Iffah hantar pagi
tadi betul-betul membuat tanda tanya.
Iffah marah sangat ke dengan dia gara-gara parti harijadi Raihanah
semalam. Dia bukannya suka sangat dengan
Raihanah, sikit pun tiada perasaan cinta buat perempuan itu. Yang Fareed harapkan sekarang adalah cinta
dari Iffah. Fareed membelek-belek album
yang berada di hadapannya. Bermacam-macam
aksi Iffah buat. Membuatkan Fareed tersenyum
memanjang. Fareed curi-curi ambil salah
satu gambar Iffah yang tengah berposing di atas jambatan gantung. Dia masukkan dalam poket seluarnya. Gambar tu Iffah ambil semasa membuat lawatan
di Sepilok Orang Hutan Sabah bersama kedua orang tuanya. Sewaktu itu ayah Iffah belum lagi meninggal
dunia.
Belum sempat Pn Faridah memijak anak tangga, loceng pintu
berbunyi. Cepat-cepat dia membuka
pintu. Dia dah agak mesti Ilyas yang
datang. Ilyas memberi salam sambil menghulurkan
3 bungkus nasi lemak untuk Pn Faridah.
“Ada tetamu ke mak long?” Ilyas ternampak kereta Fareed parking depan rumah.
“Ada, Fareed namanya. Kawan satu pejabat dengan Iffah”
“Fareed? Kawan satu pejabat dengan Iffah?” Ilyas macam bengang je dengar nama Fareed.
Perasaan cemburu mula menguasai dirinya.
Dia takut Fareed akan merampas Iffah darinya.
“Masuklah..” Pelawa Pn Faridah. Dia terus membawa bungkusan nasi lemak lalu
di letaknya atas meja makan. Memang dia
yang pesan supaya Ilyas belikan nasi lemak kat warung Pak Leman hujung taman
tu. Nasi lemak dia sedap.
“Fareed..bila sampai?” sapa Ilyas. Di hulurkan tangannya.
“Baru je sampai.” Fareed terpaksa juga menghulurkan
tangannya bersalam dengan Ilyas. Di
genggamnya tangan Ilyas dengan kuat sekali.
“Nak gaduh ke?” tanya Ilyas dengan geram. Sakit tangan dia di picit oleh Fareed.
“Engkau kenapa? Semalam aku suruh engkau bawa Iffah
supaya jadi patner aku. Tapi engkau ambil kesempatan pulak.” Bisik Fareed
dengan nada marah secara perlahan takut di dengar oleh Iffah dan Pn Faridah.
“Yang engkau biarkan Rai pegang-pegang, raba-raba tu
apahal???” tengking Ilyas tetapi dengan nada perlahan. Dia tenung anak mata Fareed tetapi di balas
Fareed sampaikan hampir bersentuhan hidung mereka yang mancung.
“Engkau ingat Iffah suka?
Sudahlah Fareed, pergilah kepada Raihanah tu.. jangan nak ganggu Iffah
lagi” Ilyas berkata sambil
membelakangkan Fareed.
“Suka hati aku la..!” Fareed terus bersandar di kerusi.
“Kalau betul engkau suka kat Iffah, engkau kena rajin
pergi sembahyang, belajar mengaji dan tak boleh pandang perempuan lain”
tiba-tiba je Ilyas membuat perjanjian dengan Fareed. Apasal pulak aku kena suruh Fareed buat benda
tu. Kan lagi bagus kalau Iffah terus
membenci Fareed. Suara hati Ilyas
berkata. “Kenapa aku tak boleh nak
berterus terang yang aku juga menyintai Iffah.
Sekiranya aku lafazkan yang aku menyintai Iffah, sanggup ke dia terima
cintaku? Demi Iffah, aku sanggup berbuat
apa sahaja asalkan Iffah bahagia.” Ilyas meratap di dalam hati.
“Ok, ok.. aku sanggup buat apa saja. Engkau jadi ustaz
aku boleh?” Fareed terus tersengeh memanjang memandang Ilyas. Tak jadi nak
marah. Dia tabik hormat pada Ilyas.
Lepas gaduh, berbaik pula dua sahabat ni. Ilyas ketawa kecil.
“Engkau ketawa kat aku apasal?” Fareed bertanya kerana
nampak Ilyas macam tak setuju ke.
“Kalau aku yang ajar, habis aku tak yah pergi kerja?”
“Ala..malam-malam aku datang la rumah engkau. Rumah aku tak leh, mama & papa aku nanti
gelak la pulak.” Fareed memuncungkan mulutnya.
“Ok, kalau camtu, kita start malam ni boleh?”
“Set.”Fareed menyuakan jari kelingking. Ilyas balas balik. Mereka ketawa sama-sama.
“Hai, seronok nampak?” Sapa Pn Faridah sambil menuruni
anak tangga.
“Tak ada apa Mak Long.” Kata Ilyas. Fareed Cuma tersengeh.
“Kita minumlah dulu. Jap lagi Iffah turun”. Pn Faridah mempelawa Ilyas & Fareed makan
nasi lemak yang Ilyas bungkus pagi tadi.
“Mak Long makanlah, saya dah minum dah pagi tadi” Ilyas
berbohong kerana nasi lemak yang dia bungkus cuma tiga. Mana cukup kalau dia pun makan sekali. Jadi biar dia mengalah.
“Saya pun dah breakfast tadi auntie, eh.. mak cik.” Kata Fareed tersasul.
“Mak cik, auntie, mak cik.. apa la engkau ni Fareed. Orang melayu, cakap la bahasa Melayu” kata
Ilyas.
Mereka ketawa sama-sama.
“Kamu makanlah, mak cik buatkan kopi untuk kamu. Saya dah selalu makan nasi lemak Pak Leman
ni. Biar kamu rasa la pulak..Sedap..” Pn
Faridah berkata sambil menghidangkan kopi.
Iffah masih duduk di biliknya, dia segan nak jumpa
Fareed. Dia masih malu dengan pesanan
ringkas yang dia hantar pagi tadi. Dia
ikatkan rambutnya yang panjang separas bahu itu dengan kemas. Sambil bangun dia menggeliat. Buruk benar..anak dara menggeliat depan
cermin. Iffah terpaksa keluar juga dari
biliknya kerana Ilyas pun ada. Dia dah
buat keputusan supaya pergi dengan Ilyas ke klinik. Kalau Fareed yang hantar, mesti banyak soal
pulak nanti. Iffah gagahkan juga kakinya
melangkah keluar.
Dari jauh Iffah nampak Fareed dan Ilyas tengah duduk
menghadap nasik lemak yang belum di jamah.
Mama pun ada sekali. Fareed
dengan Ilyas sedar kedatangan Iffah lalu cepat-cepat menarik kerusi kosong
sebelah mereka. Iffah jadi serba
salah. Dia terus duduk di sebelah
Ilyas. Takan dia nak duduk di sebelah
bosnya En. Fareed. Ilyas tersenyum. Fareed cepat-cepat masukkan semula kerusi
sebelah dia duduk. Di sebabkan Iffah
betul-betul duduk berhadapan dengannya, dia tatap muka Iffah sambil
tersenyum. Iffah tunduk malu. Renungan mata Fareed benar-benar menusuk terus
ke dalam urat sarafnya membuatkan dia jadi lemah. Jantung Iffah berdegup kencang seolah-olah
baru lepas berlari seratus meter. Fareed
ambil seketul ayam lalu di letak atas pinggan Iffah. Ilyas terasa, hati dia pedih sekali tetapi
dia terpaksa mengalah. Kalau Iffah boleh
membuat Fareed berubah, Ilyas kena bersyukur kerana bukan mudah untuk mengubah
seseorang kerana kita cuma hamba Allah dan bukannya Tuhan yang maha esa.
Bersambung…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau suka sila klik suka