NOVEL: BILA AKU JATUH CINTA - 4
“Morning ma..” Iffah
mencium pipi ibu tersayang. Puan faridah
mengusap-usap rambut Iffah.
“Ma, nak ikut Iffah pergi
jogging tak?” Iffah yang berpakaian sukan sudah bersiap nak keluar rumah. Memang dah jadi kebiassan Iffah bila hujung
minggu pergi berjogging waktu pagi untuk mengekalkan kelansingan badannya & dapat juga menjaga kesihatan.
“Kalau ya pun, sarapan lah
dulu..” Puan faridah seakan merajuk bila Iffah tak terus pergi dapur untuk
bersarapan.
“Baik..mama sayang..”
Iffah memeluk belakang ibunya sambil berjalan seiringan menuju meja makan. Iffah mecubit pipi mamanya. Mesra sekali…
Selesai sarapan, Iffah
terus keluar rumah pergi berjogging.
Sampai di Taman Tasik Perawan, Iffah duduk sebentar untuk merehatkan
badan. Tasik Perawan ni lebih kurang
500meter jauhnya dari rumah Iffah, orang panggil Tasik Perawan kerana menurut
cerita dongeng zaman dulu-dulu, tempat tu adalah hak milik seorang perawan
wanita. Selepas dia meninggal, tempat tu
telah di ambil alih oleh kerajaan kerana dia tiada waris. Di pendekkan cerita, jadilah Taman Perumahan
& Taman Rekreasi.
Iffah membetulkan ikatan tali
kasutnya.
“Pok..!” Sebiji bola
terbang terus terkena kepala Iffah.
“Adoiiii..!” %*#..
berpinar-pinar penglihatan Iffah. Nasib
baik dia masih duduk, kalau berdiri mesti dah pitam tadi. Iffah menggosok-gosok kepalanya yang sudah
kemerahan. Geram betul dia, macam la tak
nampak orang tengah duduk berehat.
“Maaf kak..” Seorang budak
lelaki berumur dalam lingkungan 15 tahun berlari kearah Iffah untuk mengambil
bola tadi. Muka dia serba salah kerana
takut kena marah.
“Adoiii…lain kali tengok
orang” marah Iffah. Digosok tempat yang
terkena bola tadi.
“Maaf kak..” ulang budak
tu tadi lalu berlalu pergi.
“Lain kali, jangan duduk
dekat tempat orang main bola cik adik oooiiii..” suara tu datang dari belakang
Iffah. Iffah rasa dia kenal sangat suara
tu. Hati dia berdebar-debar. Bila Iffah toleh, memang tak salah tekaan
Iffah. Sah bos miang dia.
“Macamana En. Fareed boleh
berada kat sini?” muka Iffah pucat. Dia
betul-betul segan dengan kehadiran bosnya itu.
Dahla semalam suka-suka pegang tangan orang.
Bila teringatkan peristiwa
semalam, Iffah rasa resah gelisah.
Sentuhan fareed membuatkan tidur malamnya tak lena. Walaupun baru pegang tangan. Nasib baiklah Ilyas masih dalam tandas masa
tu. Kalau tak… tak tau la apa yang akan
berlaku. Iffah cuba menepis tangan
Fareed tetapi tak dapat kerana genggaman seorang lelaki memang kuat. Jadi, Iffah biarkan saja..dia tahu mesti
Fareed akan lepaskan juga sebab takut dengan abang sepupunya. Fareed merenung anak mata Iffah, dia
betul-betul dah jatuh cinta dengan kecantikan Iffah. Iffah baginya seperti bidadari, tak ada
kurangnya bagi dia. Macamana Iffah boleh
mendapat mata warna biru & kehijauan sedangkan di Malaysia ni belum pernah
terjumpa spesis seperti itu. Memang
indah ciptaan Tuhan…
“Iffah, maaf ya..pasal
semalam. Saya tak sengaja. Saya rasa berat je nak lepaskan awak
semalam.” Fareed tersengih-sengih.
“Eh! Takpa En.
Fareed. Iffah dah lupakan pasal semalam
tu. Iffah bangun dari tempat duduknya.
“Yahoo!” Hati Fareed
menjerit kesukaan. Iffah tak marah, ni
kira ok ni. Memanjang je senyuman
Fareed.
“Are you sure?” Fareed
bertanya untuk meminta kepastian dari Iffah.
Takut juga, kalau-kalau Iffah terus tak nak datang kerja nanti. Habis dia, kena cari secretary baru. Banyak tu memang banyak nak minta kerja tapi
Iffah ni special sikit bagi Fareed. Masa
interview dulu pun, bukannya Fareed tengok sijil-sijil Iffah, dengar Iffah memperkenalkan diri sahaja dia
sudah jatuh hati dengar kelembutan suara Iffah.
Iffah belum habis menceritakan latar belakangnya dia sudah kata “YES,
you can start work tomorrow”. Itulah
dia Fareed orang minyak. Harap-harap dia
boleh berubah.
“Sure?” Fareed bertanya
lagi. Sambil tu dia berjalan muka
menghadap Iffah. Bukannya nak berjalan
menghadap ke hadapan si Fareed. Tak puas
rasanya Fareed nak menatap wajah comel Iffah.
Iffah memulakan
langkahnya, diikuti Fareed. Kekadang dia
terloncat-loncat cuba mencapai daun pokok yang rendang.
“En. Fareed tak jawab lagi
soalan saya”
“Emm..apa dia sayang?”
Fareed berlari kecil sambil muka dia hadapkan ke arah Iffah (berlari terbalik).
Sayang? Rasa macam nak
tanggal jantung Iffah bila Fareed ucapkan kata sayang. Serius ke tak, Iffah tak tahu. Yang penting dia tak nak Fareed tahu dia juga
menaruh perasaan terhadap bosnya. Dia nak
uji sejauh mana cinta Fareed terhadapnya.
Cinta? Alamak, betul ke Fareed
cintakan dia? Iffah keliru… yang penting dia suka bila ada Fareed walaupun
masih janggal pada Iffah. Dia mana teman
lelaki selama ni, yang ada cuma kawan-kawan biasa je. Dia tak suka menaruh harapan tetapi dia suka
berkawan.
Iffah berhenti lalu
menekup wajahnya. Fareed cepat-cepat
memusingkan badannya lalu…dengan tak tersengaja, tiang lampu yang tak pandai
berkata tu pun terlanggar oleh Fareed.
“Toinggg…@!*/!!!” segala
bulan & bintang keluar dari penglihatan Fareed. Bila dah hilang segala bulan & bintang,
Fareed terajang tiang lampu yang tak
bersalah tu sambil menggosok-gosok dahinya yang kemerahan akibat terlanggar
tiang.
Iffah tergelak sambil
menekan perutnya. Air matanya dah
terkeluar kerana gelihati yang teramat sangat melihat bosnya terlanggar tiang
lampu.
“Adoiii..,bukannya awak
nak tolong kita..sakit ni? Tolong bubuh ubat..” Fareed menunjukkan muka
masam. Pura-pura merajuk untuk meminta
belas kasihan Iffah.
Iffah tak peduli. Lagipun mana ada ubat. Dia ketawa lagi sambil menekan perutnya. Orang yang lalu lalang berjogging pagi tu
semua tersenyum melihat gelagat Iffah & Fareed. Kebanyakkan orang di situ semua kenal Iffah,
mereka tahu mesti lelaki yang bersama Iffah adalah kekasihnya. Iffah mana pernah keluar berdua-duan bersama
lelaki sebelum ni. Tak lama lagi seluruh
perumahan tu akan tahu yang Iffah dah ada teman lelaki. Biasa la tu… mulut jiran-jiran sekarang
bukannya boleh dipercaya. Tak ada
gossip, tak syok…tak lama lagi sampailah berita panas tu kat telinga
mamanya.
Iffah memegang kepala
Fareed. Dia cuba melihat kesan lebam
tadi.
“Tak ada apa pun?
Ek..eleh.. sikit je ni..” Ujar Iffah sambil cuba memeriksa dahi Fareed lagak
seorang jururawat. Dia tersenyum. Sempat juga dia curi pandang raut wajah
bosnya, memang hensem. Sebab tu ramai
orang minat kat bosnya. Nak tenung
lama-lama tak boleh, nanti Fareed perasan pulak. Sekejap pun jadik lah..
“Iffah!” Kelihatan seorang jejaka melambai dari jauh.
Iffah toleh ke
belakang. Abang Ilyas rupanya, siap
berpakaian sukan pulak tu. Kenapa dia
datang awal sangat. Nak jumpa Iffah ke
mama ni? Iffah balas lambaian
Ilyas. Lega, abang Ilyas datang. Tak dan la Fareed nak ngorat Iffah lagi.
“Fareed pun ada?” Ilyas
berjabat tangan dengan Fareed. Ni mesti
kes nak mengurat la ni.. Ilyas berkata dalam hati. Dia ada perasan macam tak suka bila Fareed
bersama Iffah. Dia takut Iffah jatuh
cinta dengan Fareed. Habis dia nak letak
kat mana? Dia pun cintakan Iffah
juga..mana boleh jadi ni..
“Ni apasal dahi dua-dua
merah? Jatuh ke?” Ilyas heran bila
ternampak kedua-dua dahi Iffah & Fareed merah.
“Ya, kami terjatuh.”
Bohong Fareed. Padahal baru je
terlanggar tiang. Iffah pulak bukan main
sporting dengan Fareed, dia angguk-anggukkan kepalanya.
“Awal abang sampai?” tanya
Iffah.
“Lambat dah ni, tadi
hantar umi pergi pasar beli sayur”
“Dah lama tak jumpa mak
ngah & pak ngah.” Iffah rasa rindu pulak nak berjumpa dengan bapa
saudaranya.
“Lepas ni kita pergi rumah
abang. Umi & Ayah pun rindu nak
jumpa Iffah” Ilyas berjalan sebelah
Iffah. Sekarang ni, Iffah berada di tengah-tengah
dua jejaka perasan.
Fareed dengar je perbualan
dua pupu tu. Nasib baik bukan kupu-kupu,
kalau tak dia ambil yang betina dan letak kat laman belakang rumahnya supaya
berkawan dengan bunga ibunya. Yang
jantan dia akan simpan buat hiasan dinding.
Biar padan muka.. Nak berdua dengan Iffah pun tak boleh. Geram…geram…
Fareed memberontak dalam hati. Tangan
kanannya sengaja dia buat-buat terkena tangan kiri Iffah. Iffah buat-buat tak tahu, dia tahu Fareed
memang sengaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau suka sila klik suka