Bila Aku Jatuh Cinta

Sabtu, 29 Oktober 2011

Bila Aku Jatuh Cinta-1


Novel: Bila Aku Jatuh Cinta-1
Hati siapa yang tidak terpaut dengan kecantikan Iffah.  Wajah yang manis, suara yang lembut dan tidak pernah meninggi diri membuatkan sesiapa yang mendekatinya mesti jatuh cinta.  Malah ada yang berani menghantar bunga ke tempat kerjanya tanpa menulis nama pengirim.  Bila tiba waktu rehat  makan tengahari, ada yang belanja makan.  Bila di tanya siapa yang bayar, tauke kedai tak nak bagitau kerana tuan punya badan tak suruh.  Iffah jadi segan nak keluar makan.  Sejak kebelakangan ni dia bawa bekal dari rumah, takut nak keluar sebab selalu sangat makan free.

“Hai! Makan kat office nampak?” usik Fareed.  Bos muda tempat Iffah kerja.
Iffah terkejut.  Cepat-cepat ditutup nasi di atas meja beliau sambil tersenyum memandang bosnya.  Di sebabkan dia putih, jadi nampak sangat pipi dia bertukar kemerah-merahan.  Malu yang tidak terkata bila makan di hadapan bos.  Tambah-tambah lagi bos yang tampan dan muda seperti Fareed. 

“Maaf bos, sebab makan kat sini” ujar Iffah.

“It’s okay..makanlah..” Fareed tersengih memandang Iffah.  Iffah tunduk.  Tak sanggup dia bertentang mata dengan Fareed.  Walaupun dah 5 bulan dia kerja dengan Fareed, bila di suruh membuat kertas kerja yang Fareed bagi, Iffah cepat-cepat ambil dan terus keluar dari bilik bosnya.  Fareed tahu Iffah memang segan dengannya.  Tak tahu kenapa perasaan dia selalu bergelora bila Iffah ada.  Bila Iffah cuti, dia jadi resah gelisah.  Buat itu ini semua tidak menjadi.  Sehinggalah Iffah balik dari bercuti baru dia rasa lega yang teramat sangat.  Nak di luahkan perasaan, takut.  Takut cinta di tolak ke tepi.  Iffah kan lawa mesti sudah ada orang yang punya.  Lagipun nama dia dah terkenal dengan panggilan “Playboy”.  Mesti ditolak mentah-mentah oleh Iffah.

“Masak apa? “ Soal Fareed.

“Ehmm...ayam kunyit.” Iffah menutup mulutnya, malu.

“Boleh try?” ujar Fareed.

“Tak sedaplah bos..” Iffah cepat-cepat menutup ketat bekas makanan tadi. 

“Cepatlah..nanti kempunan pula.” Fareed macam geram melihat Iffah tak bagi dia rasa.

“Ok…ok..” Iffah membuka penutup bekas makanan lalu mengambil seketul paha ayam dan terus memberi pada Fareed.  Fareed tak sambut tapi mulut dia di ngangakan supaya Iffah suapkan ayam tadi.  Iffah rasa segan dan malu, dia toleh kanan dan kiri takut orang nampak.  Bila betul-betul tak ada orang terus dia suapkan ayam tadi ke mulut Fareed.  “Miang..”Bisik Iffah dalam hati.

“Sedap..” ujar Fareed sambil menguyah.

“Tak ah..biasa je.” Ujar Iffah tunduk malu.  Padahal dalam hati dia suka bila di puji oleh Fareed.

“Thanks..  Macamni la kalau dah jadi isteri.  Kena suapkan suami.” Fareed berkata sambil berlalu pergi. 

Iffah tidak dapat berkata apa-apa bila mendengar bosnya berkata begitu.  Nak menjawab tetapi Fareed sudah jauh pergi.

Fareed gembira sangat bila tangan lembut Iffah suapkan ayam ke dalam mulutnya.  Tapi kalau staff lain ada, dia takan buat macam tu.  Dia akan berpura-pura serius depan mereka. 

*****************************************************************     
Iffah tersenyum, fikiran dia melayang teringatkan Fareed bosnya tengahari tadi. 

“Hari-hari suapkan bos dia makan pun takpa”, bisik Iffah dalam hati.  “Kalaulah bos dia tahu yang dia menaruh hati pada bosnya tu, naya dia.  Silap haribulan kena buang kerja.”  Iffah cuba melupakan wajah Fareed tetapi wajah itu sering muncul dalam mindanya.  Di ketuk-ketuk kepalanya dengan tangan dan di cekup mukanya ke atas bantal untuk melenyapkan bayangan wajah Fareed namun gagal, wajah yang tampan dengan lesung di dagu seakan-akan senyum pada Iffah.  Iffah tak boleh menolak dan terus hanyut dalam dunia hayalan dia.
“Tok! Tok! Tok!” kedengaran pintu bilik Iffah diketuk dari luar.  Iffah bangun lalu membuka pintu. 

“Astaga budak ni.. kenapa tak buka lampu?” Puan Faridah berkata sambil menepuk dahi. 

“Saja je ma..” Iffah senyum lalu membuka lampu dalam biliknya.  Di sebabkan melamun sampai dia terlupa membuka lampu.  “Sebab engkau la ni Fareed..” ujar Iffah dalam hati.  Dia memeluk mamanya dengan manja.  Mereka duduk berbual di ruang tamu.

“Iffah, mama ingat nak kenalkan kamu pada seseorang. Mama tak boleh bagitau sekarang. Bila dah jumpa mesti kamu suka..” Puan Faridah berkata sambil tangan dia menepuk paha Iffah.  Iffah menggengam erat tangan mamanya.

“Siapa..ma!” Tanya Iffah. Di tarik-tarik manja lengan mamanya.

“Eh..nantilah..kan mama kata tak boleh bagitau sekarang.” Ujar Puan Faridah lagi.
Iffah geram dengan mamanya.  Dia cuba memujuk lagi tetapi mama dia berkeras tak mahu bagitau nama orang itu.

“Emm..hensem tak?” soal Iffah.

“Hensem tu..emmm..memang hensem. Iffah nak yang hensem je ke?” usik Puan Faridah. 

Iffah memeluk mamanya, manja sekali.  Mereka anak beranak ketawa.  Rambut Iffah diusap-usap oleh mamanya.  Puan Faridah memang manjakan Iffah dari kecil tetapi ada hadnya.  Sekiranya Iffah tidak mendengar kata, Puan Faridah akan bertegas.  Bila mama dia marah, Iffah takut. 
Iffah anak yang baik.  Dia tidak pernah ingkar kata mamanya, dia tidak ingin melihat mamanya sedih.  Kalau boleh dia ingin melihat mamanya gembira selalu. Lagipun papanya dah meninggal dunia 2 tahun lepas.  Mama dia sering mengalami sakit kepala. 

**********************************************************          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau suka sila klik suka