Bila Aku Jatuh Cinta

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bila Aku Jatuh Cinta-2


Bila Aku Dah Jatuh Cinta-2

“Hei! Fareed..!” Ilyas menepuk bahu Fareed dengan kuatnya. Terkejut Fareed. Rasa macam nak tanggal jantung Fareed bila di sergah oleh Ilyas. Kaki baru nak melangkah keluar dari pintu Maybank.

“Hoi! Nasib baik aku tak kena sakit jantung. Alamatnya tak merasalah aku nanti.” Gurau Fareed sambil menepuk bahu kanan Ilyas. Mereka bersalaman. Mereka nampak mesra sekali, maklumlah dah 5 tahun tak berjumpa.

“Engkau dah habis belajar kat UK?” Tanya Fareed

“Dah. Baru sampai semalam. Apa cita beb..” Ilyas memegang bahu Fareed.

“Cita apa? Oh! Ya, aku nak bagitau kat engkau ni. Aku dah jumpa seorang awek. Cunnn… aku ingat nak ambik jadi bini je kali ni.” Fareed berbisik seakan-akan tak mahu orang lain mendengar perbualan mereka.

Mereka berjalan menuju tempat parking kereta. Dari jauh Ilyas ternampak kereta BMW warna kuning. Ni mesti kereta mamat sorang ni sebab tak ada orang lain yang suka-suka menukar warna kereta. Seingat Ilyas dulu kereta tu warna hitam. Atau dia tersalah teka. Bila Fareed menekan punat kat kunci kereta yang dia pegang, BMW tu terus bersuara.”Welcome.”

“Woitt..bukan main lagi keta engkau ni ya. Siap welcome pulak tu.” Ilyas berdiri di tepi BMW Fareed. Jari dia bermain-main atas bumbung kereta Fareed.

“Engkau serius ke? Dulu bukan main lagi engkau merembat si Murni tu.” Ilyas cuba mengorek rahsia Fareed. Sebab dia takut sahabat dia ni nak mainkan anak orang lagi. Kesian pulak bila teringat kat perempuan lawa-lawa ni, kalau asyik kena tinggal je dengan si Fareed. Macam kata pepatah, habis madu sepah di buang.

“Itu dulu. Sekarang ni aku dah berubah. Murni tu yang nak sangat. Aku bantai je la..preeee…”Uhuk..uhuk..uhuk..Fareed pura-pura batuk. Ilyas menggelengkan kepala melihat kaletah sahabat dia sorang ni.

“Lagipun ada syaitan bertenggek kat atas kepala aku ni” Fareed menunjuk kat atas kepala dia.

“Banyaklah setan engkau. .! Sini aku cekik dia..” Ilyas berlagak mahu mencekik Fareed. Mereka ketawa memecahkan suasana sepi kat tempat parking bangunan Maybank. Nasib baik la tak ada orang. Kalau tak, mak cik cleaner tu mesti ingat diaorang mengumpat dia. Tak ke mampus kena bantai dengan batang mop mak cik tu.

Fareed mengangkat kedua belah tangannya seperti orang kalah berperang.

“Eh! Murni kan kat UK sekarang... Engkau tak jumpa dia ke?” sambung Fareed lagi.

“Engkau ingat London tu kecil? Kalau jumpa pun aku pura-pura tak kenal. Tak pasal-pasal, dia goda aku pulak.” Ilyas ketawa. Memang tak kering gusi bila dua sahabat ni berjumpa.

“Engkau lain, rajin sembahyang. Takan tergoda kot?” usik Fareed.

“Yela..itulah godaan namanya..Eh! Aku lupa nak bagitau engkau. Harini, aku nak jumpa bakal mak mertua aku, esok aku call engkau,ya. Kita sembang lagi.”

“Ok la..aku pun nak pergi kerja ni. Awek cun tengah tunggu. Cunnnn!…beb…!” Fareed membuka pintu keretanya dan terus menghidupkan enjin.

“Brumm…Brummm…Brummm.” Bunyi enjin kereta mengaung bila Fareed menekan minyak. Ilyas tersenyum je melihat kaletah sahabatnya itu. Ilyas tau mesti Fareed dah ubah suai ekzos kereta dia pulak.
Fareed pun berlalu pergi. Dia lambaikan tangannya pada Ilyas. Ilyas balas lambaian Fareed sambil mengeleng-gelengkan kepala.

********************************
“Assalamualaikum..” Ilyas terjenguk-jenguk dari luar pagar rumah teres 2 tingkat.

“Walaikumsalam..” Balas Puan Faridah bila mendengar orang memberi salam. Di tersenyum melihat anak buahnya datang. Ilyas mencium tangan Puan Faridah.

“Masuklah..”pelawa Puan Faridah.
Ilyas membuka kasutnya dan terus duduk di sofa ruang tamu. Mata dia melilau sana sini melihat pemandangan dalam rumah mak longnya. Dia seperti mencari sesuatu.

“Iffah mana mak long?” Tanya Ilyas untuk memulakan perbualan. Betapa rindunya dia ingin menatap wajah anak gadis mak long nya itu. Macamana la rupa Iffah sekarang? Comel lagi ke? Gemuk ke? Atau bertambah lawa ke? Ilyas cuba membayangkan macamana rupa Iffah sekarang ni.

“Dia kerja. Kejap lagi balik la tu. Mak Long suruh dia balik cepat harini”

“Boleh tak Is tumpang bilik untuk sembahyang mak long?” Ilyas melihat jam dah menunjukkan pukul 4.50 petang. Sudah sampai waktu Asar.

“Pergilah..” Puan Faridah menudingkan tangannya ke bilik bawah yang kosong. Bilik itu memang di khaskan untuk tetamu yang datang bermalam di rumahnya. Tiap-tiap hari dia kemas bilik tu walaupun tak ada orang tidur di situ. Dia takut berhabuk. Bila berhabuk, selalunya ada je benda yang nak menumpang. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku dia gantung ayat Al-Quran dalam bilik, jadi bila ada tetamu datang rumah dan tumpang tidur tak adalah rasa pelik.

Selesai sembahyang asar, Ilyas pun duduk di ruang tamu sambil membelek album. Puan Faridah pula sibuk menggoreng pisang di dapur. Selang setengah jam kemudian kedengaran kereta masuk. Dari jauh kelihatan gadis manis berbaju kebaya hijau keluar dari kereta MYVI warna putih. “Ni mesti Iffah”. Bisik Ilyas dalam hati. Ilyas membuka pintu sambil melemparkan senyuman.

“Abang Is..bila sampai?” Iffah terkejut kegembiraan melihat sepupunya itu. Kalau perempuan dia mesti dah peluk tetapi Ilyas tu lelaki. Dia bersalam je dengan sepupunya itu.

“Semalam.” Balas Ilyas. Gembira bukan main dia kerana melihat Iffah semakin lawa & comel.

Iffah yang gembira dengan kedatangan sepupunya itu, terus mengajak dia berbual di ruang tamu. Banyak yang mereka bualkan. Maklumlah dah 6 tahun mereka tak berjumpa. Ilyas ikut orang tua dia berhijrah ke bandar, kerana ayah dia dilantik menjadi Pengarah Syarikat perkapalan. Terpaksalah mereka berpisah untuk sementara waktu. Sejak Ilyas duduk di Bandar, mereka langsung tak balik kampong kerana ayah dia sibuk. Bila cuti Hari Raya, mereka kena bercuti di luar Negara pula kerana atas urusan kerja, ayah dia terpaksa membawa mereka sekeluarga sekali. Keluarga bahagia katakan..

“Manis adik abang ni..” puji Ilyas. Iffah tersenyum malu.

“Minumlah Is, mak long buat kopi je dengan goreng pisang. Tak beli barang lagi ni..” Ujar Puan Faridah sambil menuang air kopi dalam cawan Ilyas.

“Mama duduk la dulu borak dengan abang Is. Iffah nak mandi dulu. Abang Is belanja ya..kita makan di luar malam ni. Boleh tak?” Iffah mengusik abang sepupunya Ilyas. Dia tahu mesti Ilyas setuju kerana dah lama mereka tidak berjumpa. Banyak perkara mereka nak borakkan.
Ilyas angguk sambil tersenyum. Memang dia berhajat nak membawa Iffah keluar pun. Dah ada lampu hijau, on je la...

“Iffah semakin lawa sekarang ni Mak Long. Dia dah ada boyfren tak?” Tanya Ilyas.

“Belum lagi kot? Tak dengar pun dia bercerita pasal teman lelaki. Iffah ni, kalau ada apa-apa mesti bagitau Mak Long. Almaklumlah..mak long ni satu-satu mak dia.” Ujar Puan Faridah. Dia tahu Ilyas mesti dah jatuh cinta dengan Iffah.

Ilyas senyum. Mereka berborak sambil gelak-gelak. Sampai jam menunjukkan pukul 7petang pun tak terasa. Iffah keluar dari biliknya, dia kelihatan begitu anggun sekali dengan night dress yang dia pakai. Tak seksi tetapi bila mata memandang jadi seksa. Senyuman yang menawan membuatkan mata Ilyas tak berkedip memandang kearahnya.

“Abang! Apa ni? Macam nak telan orang je..?” Usik Iffah sambil menepuk bahu Ilyas yang duduk di sofa.

“Tak, abang ingatkan bidadari syurga datang tadi. Tapi..” Ilyas mengurut-ngurut dagu dia.

“Tapi apa?” soal Iffah serba salah pulak bila Ilyas buat macam tu.

“Pakai tudung lagi lawa..” Ilyas berlagak mengurut-urut dagunya. Iffah memukul Ilyas tetapi dapat di tangkap oleh Ilyas. Mereka berpandangan. Dua mata bertemu, Iffah kalah tertunduk malu. Puan Faridah tersenyum je dari tadi melihat karenah mereka berdua. Dia mengharapkan agar Iffah & Ilyas di jodohkan.

“Dah lah! Jom la..” Ajak Iffah. Dia menarik hujung baju Ilyas.

“Tunggula..selepas maghrib kita keluar. Kita sembahyang jemaah sama nak?” Ajak Ilyas.

“Ala..Iffah cuti. Abang sembahyang ngan mama ya?” Iffah memandang kearah mama kesayangannya.

“Takpalah..Is sembahyang dulu. Mak Long nak mandi dulu. “ kata Puan Faridah.

Tak lama selepas itu, azan maghrib pun berkumandang ke udara. Ilyas cepat-cepat menunaikan kewajipannya. Selesai sembahyang, dia terus meluru kearah Iffah yang tengah menonton tv.

“Mama Iffah dah siap?” Tanya Ilyas.

“Mama tak nak ikut. Dia suruh kita keluar berdua” Ujar Iffah. Dia bangun dan terus mencapai tas tangannya.

“Ok lah..kalau camtu. Kita date berdua. Bye.. Mak Long..” Lambai Ilyas.

“Bye...” Balas Puan Faridah sambil berjalan untuk mengunci pintu. Dia rasa senang hati sekiranya Ilyas jadi menantunya. Tak payah dia nak pening-pening memikirkan bakal menantu yang lain. Dahla kuat sembahyang, hormat orang tua pula tu.
****************************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau suka sila klik suka